BUKIT BERUANG, 15 Jun 2026 - Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menyertai dan memeriahkan Program Langkah Sihat dan Minda Cergas @ Bukit Beruang Melaka. Program ini merupakan anjuran Politeknik Merlimau Melaka (PMM) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka (JBSNM) dengan melibatkan seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada warga kerja PMM dan JBSNM. Program ini turut disertai oleh YBrs. Encik Zailani bin Siran Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Selain memperkasakan jalinan kerjasama strategik di antara agensi, program ini juga merupakan inisiatif ke arah melahirkan warga kerja yang sihat dan cergas. Ayuh semua kita terus aktif.!! JBSN Komited.!!
MELAKA, 14 Jun 2026 – Semangat kesukanan dan persaingan sihat jelas terpancar apabila Melaka Indoor Rowing Competition berjaya menghimpunkan peserta dari pelbagai lapisan masyarakat di Decathlon Melaka, hari ini. Program di bawah Dana Sukan Komuniti Jendela 2 ini turut dipantau pelaksanaannya bagi memastikan objektif pembangunan sukan komuniti dapat dicapai dengan berkesan.
Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh YBrs Tuan Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Tahniah dan syabas kepada penganjur serta semua peserta yang telah menjayakan program ini dalam usaha memupuk budaya hidup aktif dan sihat dalam komuniti.
BUKIT BERUANG, 14 Jun 2026 - Telah berlangsung Program Beruang 6 Hour Challenge 2026 2ND Edition anjuran Kelab Sukan Rekreasi Kembara bertempat di Bukit Beruang Trails Hill. Seramai 121 orang menyahut cabaran menyertai program ini.
Pelepasan telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Zailani Bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Tahniah & syabas diucapkan atas penganjuran program ini. Ayuh kita kekal cergas dan sihat bersama.
ALOR GAJAH, 14 JUN 2026 – Program Kem Anak Muda Pemacu Harapan (ALPHA) X Rakan Prihatin: Mobilisasi Sukarelawan Rakan Muda Peringkat Daerah Alor Gajah Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 13 - 14 Jun 2026 bertempat di Kem Permata Resort, Alor Gajah Melaka.
Program ini merupakan anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Alor Gajah bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah dengan kerjasama Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Padang Sebang. Seramai 40 orang pelajar UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah telah menyertai kem ini sebagai peserta.
Penganjuran kem ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran golongan belia terhadap bahaya dadah dan vape, memupuk semangat sukarelawan dan kesukarelawanan Rakan Muda di peringkat daerah dan membina jati diri, disiplin, kerjasama berpasukan serta kemahiran insaniah dalam kalangan peserta.
Sepanjang dua hari penganjuran, para peserta terlibat dalam pelbagai pengisian, antaranya ceramah kesedaran mengenai bahaya dadah dan vape khusus kepada golongan belia, aktiviti rekreasi outdoor seperti jungle trekking, adventure game, night walk, aktiviti gotong-royong sekitar kawasan surau serta eksplorasi dan latihan kemahiran interpersonal bagi mengukuhkan komunikasi, kepimpinan dan kerjasama pasukan.
Majlis penutup telah disempurnakan dengan kehadiran tetamu kehormat 𝗬𝗕𝗿𝘀. 𝗧𝘂𝗮𝗻 𝗭𝗮𝗶𝗹𝗮𝗻𝗶 𝗯𝗶𝗻 𝗦𝗶𝗿𝗮𝗻, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka bersama 𝗬𝗕𝗿𝘀. 𝗧𝘂𝗮𝗻 𝗔. 𝗦𝘄𝗮𝘆𝗮𝗹𝗻𝘂𝗿𝗮𝘀𝘆𝗶𝗱 𝗯𝗶𝗻 𝗣𝗮𝗿𝗺𝗮𝗻, Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Melaka. Turut hadir 𝗬𝗕𝗿𝘀. 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗦𝗼𝗱𝗶𝗸𝗶𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗔𝗹𝗶, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah dan 𝗬𝗕𝗿𝘀. 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗛𝗲𝗹𝗺𝗮𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗠𝗱 𝗗𝗲𝘀𝗮, wakil UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah.
Penganjuran Kem ALPHA X Rakan Prihatin ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada usaha berterusan melahirkan belia bebas dadah, berdaya saing dan aktif dalam kerja-kerja kesukarelawanan, khususnya di Daerah Alor Gajah dan Negeri Melaka secara keseluruhan.
AYER MOLEK, 13 Jun 2026 – Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) Negeri Melaka 2026 melabuhkan tirainya hari ini dengan penuh warna-warni, semangat dan kenangan bermakna apabila berjaya menghimpunkan seramai 556 peserta dari pelbagai latar belakang belia di Dewan Haji Katimin, Kampung Paya Redan, Ayer Molek.
Program yang berlangsung sepanjang hari itu menjadi platform penting dalam memperkasa belia akar umbi melalui pelbagai pengisian bermanfaat yang memupuk kepimpinan, kesukarelawanan, semangat komuniti serta jati diri belia.
Majlis telah diserikan dengan kehadiran YB Dr Mohammed Taufiq Bin Johari, Menteri Belia dan Sukan; YB Datuk Khaidhirah Binti Datuk Seri Abu Zahar, Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET Negeri Melaka merangkap Presiden MGBM; YBrs Puan Laila Nazurah Binti Nawi, Pengarah Cawangan Kepimpinan, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara; YBrs En. Zailani Bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka; YBrs En. Shahrom Bin Shahdan, Pengerusi JPKK Kampung Paya Redan, Ayer Molek serta ketua dan wakil ketua jabatan agensi negeri dan persekutuan.
Kejayaan penganjuran KIBAR Melaka 2026 membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam mendekati dan memperkasakan belia di peringkat akar umbi, sekali gus menyemarakkan semangat kebersamaan serta penglibatan aktif belia dalam pembangunan komuniti dan negara.
KIBAR Melaka 2026 bukan sekadar sebuah program, tetapi sebuah perjalanan yang meninggalkan inspirasi, mengeratkan silaturahim dan mencipta memori yang akan terus terpahat dalam sanubari setiap peserta.
AYER MOLEK, 13 Jun 2026 – Pameran Interaktif sempena Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) Peringkat Negeri Melaka 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Dataran SRA JAIM Kampung Paya Redan, Ayer Molek, melibatkan penyertaan tujuh agensi kerajaan yang mempamerkan pelbagai perkhidmatan, inisiatif dan maklumat kepada masyarakat setempat.
Pameran tersebut turut menerima kunjungan YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, yang meluangkan masa beramah mesra bersama peserta pameran, wakil agensi serta penduduk setempat yang hadir memeriahkan program.
Penganjuran pameran ini menjadi medium penting dalam mendekatkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat melalui pendekatan yang lebih santai, mesra dan interaktif. Pengunjung berpeluang mendapatkan maklumat secara terus daripada wakil agensi, sekali gus meningkatkan kefahaman mengenai pelbagai kemudahan, bantuan dan peluang yang ditawarkan oleh kerajaan.
Selain menjadi platform perkongsian maklumat, pameran ini turut berjaya memperkukuh hubungan strategik antara agensi kerajaan dan komuniti setempat, selaras dengan aspirasi KIBAR untuk memperkasa pembangunan masyarakat serta meningkatkan penglibatan komuniti dalam agenda pembangunan negara.
Antara agensi kerajaan yang terlibat dalam Pameran Interaktif ini ialah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Melaka (AADK), Akademi Binaan Malaysia Wilayah Selatan (ABM), Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia dan IKTBN Alor Gajah.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua agensi yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan Pameran Interaktif KIBAR Melaka 2026. Penglibatan aktif semua pihak telah menyumbang kepada kejayaan program serta memberi impak positif kepada komuniti akar umbi.
AYER MOLEK, 13 Jun 2026 – Semangat kesukarelawanan dan perpaduan jelas terpancar apabila seramai 32 sukarelawan daripada UNITAR College Melaka berganding bahu menjayakan Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) Negeri Melaka 2026 yang berlangsung di Kampung Paya Redan, Ayer Molek.
Sukarelawan yang terdiri daripada pelajar pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India telah memainkan peranan penting sepanjang program berlangsung dengan membantu kerja-kerja pembersihan kawasan luar dan dalam masjid, penyediaan makanan dan minuman, serta memastikan aspek kebersihan dan kelancaran program sentiasa berada pada tahap terbaik.
Penyertaan mereka turut diiringi oleh Puan Nur Aina Nadhirah binti Noor Sham dan Cik Nur Shafariqa binti Shafie, Pensyarah Fakulti Bisnes UNITAR College Melaka yang sentiasa memberikan bimbingan dan sokongan kepada para pelajar sepanjang pelaksanaan program.
Penglibatan aktif para sukarelawan ini bukan sahaja membantu melancarkan perjalanan KIBAR Melaka 2026, malah menjadi contoh terbaik dalam memupuk nilai kepimpinan, kerja berpasukan, kesukarelawanan dan perpaduan dalam kalangan belia.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada UNITAR College Melaka serta semua sukarelawan yang telah menyumbangkan tenaga, masa dan komitmen dalam menjayakan program ini.
AYER MOLEK, 13 Jun 2026 – Program Senamrobik & Briskwalk @ KIBAR Melaka 2026 yang digabungkan bersama Sesi 2 Program Intervensi Biggest Loser KBS Peringkat Negeri Melaka 2026 telah berlangsung meriah di Padang SK Paya Redan, Ayer Molek.
Para peserta berpeluang melakukan aktiviti kecergasan sambil menikmati suasana kampung yang nyaman di sekitar Kampung Paya Redan. Pelepasan peserta Briskwalk telah disempurnakan oleh Encik Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Program diteruskan dengan sesi cabutan bertuah yang menambahkan lagi keterujaan para peserta. Penganjuran aktiviti ini menjadi platform terbaik dalam membudayakan gaya hidup sihat, aktif dan cergas dalam kalangan masyarakat.
Jom terus amalkan gaya hidup sihat demi kesejahteraan diri dan komuniti!
AYER MOLEK, 13 Jun 2026 – Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Jasin mencipta kejayaan membanggakan apabila dinobatkan sebagai Johan Program AgroBelia Lestari @ Rakan Mahir Peringkat Negeri Melaka 2026 menerusi pelaksanaan Projek Ternakan Kelulut yang diusahakan di Taman Maju, Jasin.
Kejayaan tersebut membolehkan GB4B Jasin memperoleh markah keseluruhan tertinggi, sekali gus mengatasi dua lagi peserta akhir iaitu Gerakan Belia 4B (M) Melaka Pindah dan Gerakan Belia 4B (M) Semabok Dalam.
Sebagai pengiktirafan terhadap komitmen dan inovasi yang ditunjukkan dalam pembangunan projek agro berimpak tinggi, GB4B Jasin menerima bantuan pembangunan projek bernilai RM20,000 yang disediakan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan sempena Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) Negeri Melaka 2026 yang berlangsung di Dewan Haji Katimin, Kampung Paya Redan, Ayer Molek.
Program AgroBelia Lestari @ Rakan Mahir merupakan inisiatif yang memberi fokus kepada pembangunan keusahawanan agro dalam kalangan belia serta menggalakkan penglibatan aktif golongan muda dalam sektor pertanian moden yang berdaya saing, lestari dan mampu menjana pendapatan.