AYER KEROH, 29 September 2025 – Sesi kunjung hormat oleh Encik Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka kepada Datuk Wira Azhar bin Haji Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka telah diadakan bertempat di Pejabat Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka hari ini. . Kunjungan ini bertujuan untuk membentangkan serta memohon sokongan Datuk Wira bagi penganjuran Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Melaka yang bakal berlangsung pada 11 Oktober 2025 di Dataran Orang Kampung, Merlimau. . Ayuh warga Melaka! Sama-sama kita meriahkan HSN2025 dan semarakkan semangat bersukan demi kesihatan dan perpaduan negara!
UNITEN BANGI, 28 September 2025 - Pertandingan Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Kebangsaan 2025 telah berakahir dengan penuh semangat kesukanan dan sokongan padu daripada kontinjen masing-masing. Sebanyak 15 kontinjen dari seluruh negara telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini, dan menjadikannya platform terbaik mencungkil bakat di kalangan komuniti dalam bidang sukan. Majlis Penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara. Turut hadir, YBrs Encik Zailaini bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Terima kasih buat Pasukan LSK Negeri Melaka yang telah menunjukkan semangat juang yang tinggi. *Come Back Stronger Team*
BUKIT BERUANG, 27 SEPTEMBER 2025 (Sabtu) - Telah berlangsung Program Rakan Muda Rakan Bumi : Rakan Prihatin @ Hari Cuci Malaysia Plogging @ Komuniti Rakan Muda Peringkat Daerah Melaka Tengah Siri 1/2025 Sempena Hari Cuci Malaysia bertempat di Bukit Beruang, Melaka anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah dengan Kerjasama Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Kawasan Bukit Katil, Melaka Program ini bertujuan membudayakan gaya hidup cergas melalui aktiviti riadah berjalan/berlari/mendaki/berbasikal sambil mengutip sampah, mengukuhkan perpaduan, menggalakkan amalan memelihara alam sekitar, meningkatkan tahap kesihatan komuniti setempat serta memberi peluang kepada setiap penggerak kecergasan di daerah untuk melaksanakan aktiviti kecergasan tanpa mengira agama, bangsa dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat. Seramai 60 orang peserta terdiri daripada pelajar dan kakitangan Politeknik Melaka, Universiti Geomatika Malaysia Melaka, Lembaga Pengurusan & Kebajikan Anak Yatim Miskin (PAYASUM), Persatuan Belia dan juga individu telah mengambil peluang menyertai program ini. Program dimulakan dengan sesi taklimat, senamrobik, mendaki dan berjalan sambil mengutip sampah. 5 timbangan sampah terberat telah menerima hadiah sebagai salah satu motivasi dalam penjagaan alam sekitar. Majlis Penutup telah disempurnakan oleh YBRS. ENCIK ZAILANI BIN SIRAN, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
MELAKA, 26 September 2025- Telah berlangsung Creative Youth Entrepreneur Award yang dianjurkan oleh JCI Melaka di Courtyard by Marriot. Teks ucapan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Dato' Ts. Dr. Nagulendran A/L Kangayatkarasu telah disampaikan oleh Encik Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. . Tahniah JCI Melaka atas penganjuran program yang baik.
Menara KBS Putrajaya, 26 September 2025 - Telah berlangsung Taklimat Sesi Libat Urus Pindaan Akta Pembangunan Sukan (Akta 576) di Bilik Mesyuarat Aras 13, Menara KBS. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBrs. Puan Azura Binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara. Turut Hadir Tuan Zailani Bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
UNITEN BANGI, 26 September 2025 - Telah Berlangsung Majlis Perasmian Pembukaan Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Kebangsaan bertempat di Sports Arena, Uniten Bangi. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Azura Binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara. Turut Hadir Tuan Zailani Bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Melaka. Sebanyak tiga acara sukan yang dipertandingkan bagi Liga Sukan Komuniti (LSK) Kebangsaan pada tahun ini iaitu Bola Jaring, Sepak Takraw dan Ping Pong Berpasukan yang disertai oleh setiap Negeri. Di doakan agar pasukan LSK Negeri Melaka dapat melakukan yang terbaik, memperoleh kejayaaan dan seterusnya mengharumkan nama Negeri Melaka. Mana Lagi Kiter !! Melaka Ler !!!
AYER KEROH, 26 September 2025 - Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Kecil Keselamatan dan Kecemasan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Melaka 2025 sedang berlangsung di Bilik Mesyuarat JBS Melaka. Kehadiran dari agensi keselamatan dan kecemasan Negeri Melaka. . Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Muhammad Abdul Hafidz Mohd Amin, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
MERLIMAU, 25 September 2025 - Sesi Perbincangan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Melaka 2025 bersama Datuk Dr Akmal Saleh,EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Negeri Melaka merangkap Adun Merlimau telah berlangsung di kediaman beliau di Merlimau, Jasin. . Sesi perbincangan adalah berkaitan pelaksanaan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Melaka 2025 yang bakal berlangsung di Dataran Orang Kampung, Merlimau pada 11 Oktober 2025. Promosi dan hebahan turut dibincangkan bagi menarik kehadiran rakyat Melaka khususnya masyarakat Merlimau ke program berkenaan. . Hadir sama Encik Zailani Siran, Pengarah JBS Melaka; Encik Mohd Khairol Kamis, Penolong Pengarah JBS Melaka dan Encik Mohd Hazriq Abu Zarin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin.
AYER KEROH, 22 September 2025 - Majlis Pelancaran Projek Reben Kuning Peringkat Negeri Melaka 2025 di Dataran Agro Penjara Dusun Dato' Murad, Melaka. . Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh Datuk VP Shanmugam V. Pitchay, Exco Belia, Sukan dan Bukan Kerajaan Negeri Melaka. . Hadir sama Tuan Rosman Norman@Normin, Pengarah Penjara Negeri Melaka dan Encik Zailani Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. . Projek ini bertujuan agar mereka yang pernah atau sedang berada dalam institusi pemasyarakatan atau sekolah pemulihan akhlak diberi peluang untuk memperbaiki diri dan kembali ke masyarakat dengan lebih baik.