- JBS Melaka
- Hits: 71
LIGA SUKAN WARGA EMAS NEGERI MELAKA 2026
- JBS Melaka
- Hits: 71
MELAKA, 6 Jun 2026 – Liga Sukan Warga Emas Melaka 2026 berlangsung meriah melibatkan tiga acara sukan iaitu Dart, Petanque dan Tenpin Boling. Pertandingan Dart dan Petanque diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka manakala acara Tenpin Boling berlangsung di Melaka International Bowling Centre.
Majlis penyampaian hadiah bagi acara Tenpin Boling telah disempurnakan oleh Encik Mohd Khairol bin Kamis, Penolong Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Turut hadir Cik Muzalina binti Mohamad, Setiausaha Persatuan Boling Negeri Melaka dan Puan Nora Azura binti Ahmad Zainudin, Pegawai Pemasaran Melaka International Bowling Centre.
Acara Tenpin Boling berlangsung sengit dengan semangat kesukanan tinggi. Pemenang bagi acara Tenpin Boling :
Kategori Individu (Lelaki)
Abdullah bin Sulaiman
Abd Ghani bin Sahat
Latiff bin Husin
Abu Bakar bin Kadas
Kategori Individu (Wanita)
Faridah binti Harun
Husna binti Sarji
Ruhaiya binti Zainal
Roswita binti Rosdi
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta yang telah mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi. Semoga terus aktif, sihat dan cemerlang dalam sukan.
