- JBS Melaka
- Hits: 76
KEJOHANAN FUTSAL LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT DAERAH JASIN 2026
- JBS Melaka
- Hits: 76
MERLIMAU PASIR, 6 Jun 2026 – Berakhir sudah Kejohanan Futsal Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Jasin 2026 dengan penuh meriah di Gelanggang Futsal Merlimau Pasir, hari ini.
Kejohanan yang menghimpunkan pasukan-pasukan futsal dari sekitar daerah Jasin itu telah menyaksikan persaingan sengit dan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang pertandingan berlangsung.
Pasukan NJ Futsal berjaya muncul sebagai johan kejohanan selepas mempamerkan aksi cemerlang dan konsisten sepanjang saingan. Tempat Naib Johan pula menjadi milik Raja FT, manakala Kelab Bila Sepak Merlimau A dan Kelab Bola Sepak Merlimau B berkongsi kedudukan Ketiga Bersama.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En. Mohd Hazriq bin Abu Zarin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin, yang turut merakamkan penghargaan kepada semua pasukan, barisan urus setia dari Merlimau Pasir FC dan penyokong yang telah menjayakan kejohanan tersebut.
