Klebang, 23 Ogos 2025 - Telah berlangsung Program Intervensi Siri 8 Biggest Loser KBS Negeri Melaka 2025 dengan kerjasama Myfitjoy Aerobics Club. Pada siri terakhir ini diadakan Aktivti Senamrobik, Tabata, dan Brisk Walk untuk peserta di sekitar Padang Bola Sepak Klebang. Selepas tamat aktiviti diadakan sesi cabutan bertuah kepada peserta biggest loser. Jumpa nanti pada sesi timbangan akhir yang akan diadakan pada 6hb 9 2025 untuk menentukan siapakah pemenang biggest loser bagi Negeri Melaka. KBSMalaysia JBSNegara Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Zailani Siran Ab Rauf Yusoh VP Shanmugam
Klebang, 23 Ogos 2025 - Padang Bola Sepak Dataran Klebang hari ini menjadi saksi kepada kekuatan, kesatuan dan semangat juang luar biasa apabila para veteran turun gelanggang dalam Kejohanan Tarik Tali Veteran - Master Sport Peringkat Negeri Melaka 2025. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBrs Tuan Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka yang turut diiringin oleh SI(B) Kamaridzman bin Khanafee, Presiden Persatuan Tarik Tali Negeri Melaka. Tahniah kepada pasukan pemenang: Johan & Master Tow : Petanda Naib Johan: Jebat Troper B Ketiga: Jebat Troper A Keempat: Black Panda Kelima: NS Phyton Aksi penuh tenaga, koordinasi mantap dan semangat kesukanan tinggi membuktikan bahawa semangat veteran masih ampuh dan relevan. Inilah contoh sebenar bahawa sukan tidak mengenal usia hanya memerlukan hati yang kental dan jiwa yang bersatu! Setinggi-tinggi penghargaan kepada Kelab Bolasepak Hulubalang dan Persatuan Tarik Tali Negeri Melaka atas komitmen dan peranan penting dalam menjayakan kejohanan ini dengan cemerlang.
AYER KEROH, 20 Ogos 2025 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka sentiasa komited dan terbuka untuk mewujudkan jalinan kerjasama dengan pihak swasta khususnya dalam usaha membangunkan sektor sukan dan rekreasi. Bertempat di Amverton Hotel Melaka satu Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) ATV telah diadakan dengan melibatkan pihak Pengurusan JBSN Melaka. Hadir bersama menyertai program ini Encik Zailani bin Siran Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. KLAS ini merupakan inisiatif kerjasama di antara JBSN Melaka dan Syarikat ATV Teras Amverton Hotel untuk mempromosikan aktiviti ATV sebagai salah satu aktiviti sukan rekreasi yang disediakan di negeri Melaka. Ayuh kepada semua masyarakat khususnya penggiat-penggiat sukan rekreasi yang gemarkan aktiviti sukan lasak seperti ATV ini boleh cuba merasai pengalaman dan keseronokan bermain ATV di ATV Teras Amverton Hotel. Mane lagi.? Melaka ler.!!
AYER KEROH, 19 Ogos 2025 - Mesyuarat Penyelarasan Reben Kuning Negeri Melaka 2025 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat JBSNM. Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Muhammad Abdul Hafidz Mohd Amin, Timbalan Pengarah JBS Melaka. . Antara agensi turut hadir ialah Jabatan Penjara Negeri Melaka, Jabatan Penjara Henry Gurney, Perkeso dan Invest Melaka.
BUKIT KATIL, 18 Ogos 2025 - Sesi perbincangan Kembara Jumpa Orang Muda 2.0 (KJOM) Peringkat Zon Selatan telah berlangsung di Kompleks Japerun Bukit Katil, Melaka. . Program ini berteraskan penglibatan dan perkongsian pengalaman ke arah penggalakkan belia berpersatuan, pembentukan identiti dan karektor belia positif serta pembangunan kepimpinan belia. . Kaedah pelaksanaan adalah berkonsepkan keluarga angkat yang bakal berlangsung selama 3 hari 2 malam. Sasaran peserta untuk program ini adalah seramai 100 orang. . Sesi perbincangan telah dihadiri Encik Muhammad Abdul Hafidz Mohd Amin, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka; Encik Mohd Yani Ismail, Timbalan Pengerusi Japerun Bukit Katil dan Encik Kamarulnizam Yakob, Setiausaha Japerun Bukit Katil. Disediakan : Afiq Mazly
AYER KEROH, 18 OGOS - Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Induk Hari Sukan Negara (HSN 2025) Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 yang telah dipengerusikan oleh YB Datuk P. Shanmugam a/l V. Pitchay ; EXCO Belia, Sukan dan NGO bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan, wakil Persatuan Sukan, Pertubuhan Belia dan NGO. Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Melaka akan berlangsung di Dataran Orang Kampung Merlimau Jasin. Ayuh sama-sama kita nantikan dan meriahkan HSN 2025.!!
Jalan Kubu, 15 Ogos 2025 (Jumaat) - Telah berlangsung Program Rakan Muda Rakan Digital : Kursus Canva Editing Peringkat Daerah Melaka Tengah Siri 2/2025 bertempat di UNITAR College Melaka hasil kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah bersama Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah, UNITAR College Melaka dan Majlis Gabungan Belia Daerah Melaka Tengah. Kursus ini merupakan platform pendedahan buat golongan belia tentang manfaat dan kelebihan Canva Editing yang menjurus kepada peningkatan peluang pekerjaan, pengembangan daya kreativiti dan inovasi serta keupayaan membangunkan sesuatu perisian / aplikasi baharu dan juga bagi mempromosikan Gaya Hidup Rakan Digital yang tergolong dalam inisiatif Rakan Muda dan secara langsung menitikberatkan pengetahuan, perkembangan serta pengaplikasian teknologi digital. Seramai 40 orang peserta terdiri daripada Pelajar Politeknik Melaka, Pelajar Sekolah (Kolej Tingkatan 6 Tun Fatimah (Pra Universiti) Melaka, SMKA Sultan Muhammad dan SMK Tun Haji Abdul Malek), Persatuan Belia dan juga individu telah mengambil peluang menyertai program ini secara fizikal, Manakala seramai 79 orang peserta telah menyertainya secara Live. Para peserta telah diberi pendedahan berkaitan Canva Editing dan CapCut. Dilatih oleh 2 orang tenaga pengajar mahir iaitu Cik Hafiza Wahida Bt Ab Kadir dan Cik Fatin Haziqah Bt Mohd Izam, Pensyarah UNITAR College Melaka. Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh Puan Nadia Bt Nordin Ketua Jabatan Akademik, UNITAR College Melaka. Turut hadir Puan Nor Fadzira Bt Mohd Sepian Pegawai Pembangunan Potensi Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dan Encik Wan Mohd Jefri Bin Wan Hussin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah.
𝗔𝗹𝗼𝗿 𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵, 𝟭𝟲 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟱 - Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Daerah Alor Gajah Tahun 2025 telah berjaya dianjurkan bertempat di 𝗗𝗮𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗿𝗶𝘀 𝗔𝗹𝗼𝗿 𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵 bersempena 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗪𝗮𝗸𝗶𝗹 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 (𝗪𝗥𝗨𝗥) bagi kawasan 𝗗𝗨𝗡 𝗥𝗲𝗺𝗯𝗶𝗮. Ia telah dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah. Tujuan utama program ini adalah untuk mempromosikan gaya hidup sihat melalui penglibatan dalam aktiviti senamrobik. Di samping meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal, program ini juga berperanan mengeratkan hubungan antara ahli komuniti menerusi interaksi yang positif dan semangat kebersamaan. Aktiviti utama yang dijalankan semasa program ialah senamrobik, yang telah disertai oleh seramai 30 orang peserta daripada komuniti setempat khususnya dari DUN Rembia. Program ini telah mendapat sambutan yang baik dan para peserta menunjukkan semangat serta kerjasama yang tinggi sepanjang aktiviti berlangsung. Keseluruhan program telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menyemai gaya hidup sihat dan memperkukuh perpaduan komuniti.
𝗔𝗹𝗼𝗿 𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵, 𝟭𝟲 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟱 – Program Rakan Muda Rakan Prihatin : Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Siri 3 Peringkat Daerah Alor Gajah Tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Rembia. Penglibatan sukarelawan SATRIA dalam Program Konvoi Bersama YAB Ketua Menteri Melaka sempena Program WRUR Dun Rembia bermula dari 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗠𝗮𝘀𝗷𝗶𝗱 𝗟𝗲𝗻𝗱𝘂, 𝗔𝗹𝗼𝗿 𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵 ke beberapa lokasi yang telah ditetapkan sebelum berakhir di 𝗗𝗮𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗿𝗶𝘀 𝗔𝗹𝗼𝗿 𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵. Program Konvoi Bersama 𝗬𝗔𝗕 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗦𝗲𝗿𝗶 𝗨𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗔𝗯 𝗥𝗮𝘂𝗳 𝗯𝗶𝗻 𝗬𝘂𝘀𝗼𝗵, Ketua Menteri Melaka turut disertai oleh 𝗬𝗕 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗙𝗮𝗶𝗿𝘂𝗹 𝗡𝗶𝘇𝗮𝗺 𝗯𝗶𝗻 𝗥𝗼𝘀𝗹𝗮𝗻, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri Melaka; 𝗬𝗕 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗩.𝗣 𝗦𝗵𝗮𝗻𝗺𝘂𝗴𝗮𝗺 𝗔/𝗟 𝗩. 𝗣𝗶𝘁𝗰𝗵𝗮𝘆, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Melaka; 𝗬𝗕 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗡𝗴𝘄𝗲 𝗛𝗲𝗲 𝗦𝗲𝗺, Exco Kesihatan, Sumber Manusia Dan Perpaduan; 𝗬𝗕𝗵𝗴. 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗦𝗮𝗯𝗿𝗶𝗻𝗮 𝗯𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗧𝗵𝗮𝗹𝗮𝘀, Pegawai Daerah Alor Gajah; serta 𝗬𝗕𝗿𝘀. 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗦𝗼𝗱𝗶𝗸𝗶𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗔𝗹𝗶, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah. Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan seramai 100 orang sukarelawan belia dari DUN Rembia yang berganding bahu menjayakan program konvoi yang telah dirancang. Penganjuran siri ini diharapkan dapat memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia, di samping memperkukuh jaringan kerjasama antara komuniti, agensi kerajaan dan kepimpinan setempat.