SAMBUTAN HBN PERINGKAT KEBANGSAAN 2026 MERIAH

SENDAYAN, 15 Mei 2026 - Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan 2026 berlangsung dengan penuh meriah dengan bertemakan “Menggerak Belia MADANI”. 15 Mei 2026 merupakan tarikh yang penuh bersejarah buat belia seluruh negara sebagai manifestasi penghargaan tertinggi negara terhadap sumbangan besar golongan belia dalam mencorakkan kemajuan, perpaduan dan masa depan Malaysia.

Majlis ini telah diserikan dengan penyempurnaan perasmian oleh YAB Dato' Seri Utama Anwar Ibrahim, Perdana Menteri. Turut bersama YAB Dato' Seri Utama Hj. Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan dan YB Dr. Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan. Kerajaan Negeri Melaka telah diwakili oleh YB Datuk P. Shanmugam a/l V. Pitchay, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Melaka bersama Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dan Majlis Gabungan Belia Negeri Melaka.

Menggerak Belia MADANI, JBSN Komited!

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 21-10-2026, 16:55:38

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search