AYER KEROH, 7 OGOS 2025- Sedang berlangsung Projek Menaik Taraf Gelanggang Futsal di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka. Keseluruhan struktur lama telah dirobohkan dan sedang dalam fasa pembersihan kawasan tapak projek. Tempoh perlaksanaan projek menaik taraf ini dijangka berlangsung selama 18 minggu dan bersedia digunakan oleh semua pelanggan bermula 2026 nanti. JBSMelaka sentiasa komited untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan demi memenuhi kehendak pelanggan dan aspirasi negara. Terima kasih kerana memilih fasiliti dan kemudahan di KBS untuk aktiviti sukan anda.
Merlimau, 6 Ogos 2025 - Telah berlangsung Perbincangan Penyelarasan Hari Sukan Negara (HSN) 2025 Peringkat Negeri Melaka Bil. 1/2025 bertempat di Merlimau, Melaka. Perbincangan ini diadakan bagi menyelaras pelaksanaan aktiviti dan kerjasama strategik bersama Japerun Merlimau sempena HSN2025 yang akan diraikan pada 11 Oktober 2025 nanti. Perbincangan ini dihadiri oleh YBrs Encik Zailan bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, YBrs Encik Jezlee bin Pit, Penghulu Tertinggi Dun Merlimau dan Encik Zakaria bin Hj. Samsudin, Setiausaha Japerun Merlimau. Semoga HSN2025 Peringkat Negeri Melaka dapat disambut dengan penuh semangat dan menjadi platform terbaik untuk memupuk budaya bersukan dalam kalangan rakyat negeri Melaka.
𝗔𝗹𝗼𝗿 𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵, 𝟱 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟱 - Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Daerah Alor Gajah Tahun 2025 telah dianjurkan bertempat di 𝗞𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝗸𝘀 𝗥𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗠𝘂𝗱𝗮 𝗔𝗹𝗼𝗿 𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵, 𝗟𝗲𝗻𝗱𝘂. Program ini dilaksanakan oleh 𝗣𝗲𝗷𝗮𝗯𝗮𝘁 𝗕𝗲𝗹𝗶𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗔𝗹𝗼𝗿 𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵 dengan kerjasama kelab kecergasan setempat dan ianya juga telah berlangsung bermula 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱 dan akan berakhir pada 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱. Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan badan melalui aktiviti senamrobik dalam komuniti. Selain itu, program ini turut bertujuan mengeratkan hubungan antara ahli komuniti melalui interaksi yang positif serta menyemai semangat kebersamaan. Ia juga memberi fokus kepada peningkatan keseimbangan dan koordinasi badan peserta. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini ialah : - 𝗦𝗲𝗻𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗞𝗮𝗿𝗱𝗶𝗼𝘃𝗮𝘀𝗸𝘂𝗹𝗮𝗿 (𝗔𝗲𝗿𝗼𝗯𝗶𝗸) 𝗦𝗲𝗻𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗸𝘂𝗮𝘁𝗮𝗻 (𝗦𝘁𝗿𝗲𝗻𝗴𝘁𝗵 𝗧𝗿𝗮𝗶𝗻𝗶𝗻𝗴) 𝗦𝗲𝗻𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗹𝗲𝗻𝘁𝘂𝗿𝗮𝗻 (𝗙𝗹𝗲𝘅𝗶𝗯𝗶𝗹𝗶𝘁𝘆) 𝗦𝗲𝗻𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘀𝗲𝗶𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 (𝗕𝗮𝗹𝗮𝗻𝗰𝗲 𝗧𝗿𝗮𝗶𝗻𝗶𝗻𝗴) 𝗦𝗲𝗻𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗔𝗻𝗮𝗲𝗿𝗼𝗯𝗶𝗸 𝗦𝗲𝗻𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗙𝘂𝗻𝗴𝘀𝗶 (𝗙𝘂𝗻𝗰𝘁𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹 𝗧𝗿𝗮𝗶𝗻𝗶𝗻𝗴) Secara keseluruhannya, program ini telah mencapai objektif yang ditetapkan dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti setempat. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menggalakkan gaya hidup sihat serta memperkukuhkan hubungan dalam kalangan masyarakat.
BANDA HILIR, 31 Julai 2025 - Tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Kota Melaka yang telah mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan bagi Tahun 2025. PBSD Melaka Tengah mengucapkan terima kasih di atas undangan menghadiri Mesyuarat Agong ini yang telah di adakan di The Street Kitchen, Sterling Hotel Melaka. En. Wan Mohd Jefri Bin Wan Hussin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada barisan Jawatankuasa lama serta mengharapkan barisan kepimpinan yang telah dilantik dapat meneruskan kepimpinan dan mengekalkan kecemerlangan yang telah ditonjolkan oleh Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Kota Melaka sebelum ini. Diharapkan dengan adanya gabungan kepimpinan lama dan kepimpinan muda di dalam barisan kepimpinan Jawatankuasa yang baru ini dapat menarik perhatian dan minat generasi muda khususnya dalam Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Kota Melaka menjelang pelaksanaan akta pindaan had umur belia kepada 30 tahun pada 2026. Majlis perasmian penutup Mesyuarat Agong Tahunan Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Kota Melaka bagi tahun 2025 telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Mohd Ridhwan Bin Mohd Ali, Presiden GB4B Malaysia merangkap Pengerusi 4B Melaka. Turut hadir sama Encik Wan Mohd Jefri Bin Wan Hussin Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Melaka Tengah.
SUNGAI RAMBAI, 3 OGOS 2025 - Kejohanan Ping Pong 1000 Liga Daerah Jasin 2025 telah berlangsung dengan meriah pada 3 Ogos 2025 (Ahad) bertempat di SJKC Chung Hwa, Sungai Rambai. Seramai 70 orang peserta telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini yang dianjurkan bersama oleh Merlimau Table Tennis Club. Program ini bertujuan mencungkil bakat baharu serta memupuk semangat kesukanan dalam kalangan komuniti.
DURIAN TUNGGAL, 𝟮 OGOS 𝟮𝟬𝟮𝟱 - Acara 1000 Liga (Ping-Pong) Peringkat Daerah Alor Gajah Tahun 2025 telah dianjurkan di 𝗣𝗶𝗻𝗴𝗣𝗼𝗿𝘁 𝗧𝗮𝗯𝗹𝗲 𝗧𝗲𝗻𝗻𝗶𝘀, 𝗗𝘂𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗧𝘂𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮 dengan penyertaan seramai 40 peserta. Pertandingan ini dijalankan dalam kategori beregu dan berlangsung dalam suasana penuh semangat serta persaingan sihat. Objektif utama program adalah untuk meningkatkan kemahiran fizikal, tumpuan dan disiplin diri peserta, menggalakkan semangat kesukanan, mencungkil serta mengembangkan bakat pemain dan mewujudkan gaya hidup yang sihat melalui aktiviti sukan yang menyeronokkan. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗥𝗲𝗺𝗶𝗲𝘇𝗮𝗻 𝗘𝗳𝗳𝗲𝗻𝗱𝗶𝗲 𝗯𝗶𝗻 𝗜𝗯𝗿𝗮𝗵𝗶𝗺, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah. Kehadiran 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗡𝗼𝗿𝘀𝘆𝗮𝘇𝗮𝗻𝗶 𝗯𝗶𝗻 𝗡𝗼𝗿𝗱𝗶𝗻, selaku Pengurus PingPort Table Tennis Melaka, turut menyerikan majlis tersebut serta menunjukkan sokongan terhadap pembangunan sukan ping-pong di peringkat daerah. Secara keseluruhan, program ini telah dilaksanakan dengan teratur dan berjaya mencapai objektif utamanya dalam memperkukuh penyertaan belia dalam sukan ping-pong, sekali gus menyemarakkan semangat kesukanan dalam kalangan komuniti setempat.
GADEK, 𝟮 OGOS 𝟮𝟬𝟮𝟱 - 𝗟𝗮𝗽𝗮𝗻𝗴 𝗦𝗮𝘀𝗮𝗿 𝗠𝗲𝗺𝗮𝗻𝗮𝗵 𝗚𝗮𝗱𝗲𝗸 telah menjadi lokasi berlangsungnya acara 1000 Liga (Memanah) Peringkat Daerah Alor Gajah bagi tahun 2025. Program yang dianjurkan oleh 𝗣𝗲𝗷𝗮𝗯𝗮𝘁 𝗕𝗲𝗹𝗶𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗔𝗹𝗼𝗿 𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵 bersama 𝗚𝗮𝗱𝗲𝗸 𝗔𝗿𝗰𝗵𝗲𝗿𝘆 𝗖𝗹𝘂𝗯 ini melibatkan 35 orang peserta yang bertanding dalam pertandingan memanah format 𝟮𝗗 (𝗥𝗼𝗹𝗮𝗻 𝗦𝗻𝗮𝗸𝗲). Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan fokus, koordinasi tangan dan mata peserta, serta memberi peluang kepada golongan muda untuk mengasah bakat dalam sukan memanah, yang berpotensi membuka jalan bagi penyertaan dalam kejohanan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗥𝗲𝗺𝗶𝗲𝘇𝗮𝗻 𝗘𝗳𝗳𝗲𝗻𝗱𝗶𝗲 𝗯𝗶𝗻 𝗜𝗯𝗿𝗮𝗵𝗶𝗺, selaku Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗛𝗮𝗿𝘂𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗠𝗱 𝗧𝗮𝗻, Pengerusi Gadek Archery Club, dan 𝗣𝘂𝗮𝗻 𝗠𝗮𝘁𝗻𝗶 𝗦𝘂𝘄𝗮𝗻𝘁𝗿𝗶 𝗯𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗔𝗿𝘀𝗵𝗮𝗱, Setiausaha Gadek Archery Club. Penganjuran program ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada lebih banyak aktiviti sukan berasaskan komuniti, serta memperkukuh perpaduan dan gaya hidup sihat dalam kalangan belia daerah Alor Gajah.
SELANDAR, 1 OGOS 2025 – Seramai 113 orang peserta telah menyertai Program Rakan Bumi Plogging @ Komuniti Rakan Muda Siri 2 Peringkat Daerah Jasin yang berlangsung di Kolej Komuniti Selandar dan kawasan sekitar Taman Jus Perdana serta Kg Jus Permai. Program ini bertujuan memupuk kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar dalam kalangan belia dan komuniti setempat melalui aktiviti plogging iaitu gabungan larian ringan sambil mengutip sampah.
𝗔𝗹𝗼𝗿 𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵, 𝟮 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟱 – Majlis Perasmian Penutup Program Rakan Muda Rakan Mahir : Skill for Life Peringkat Daerah Alor Gajah Siri 1 Tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya di 𝗞𝗼𝗹𝗲𝗷 𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗔𝗴𝗿𝗼𝘀𝗮𝗶𝗻𝘀 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 (𝗨𝗖𝗔𝗠), 𝗔𝗹𝗼𝗿 𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵, 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮. Program ini memberi tumpuan kepada kemahiran pembuatan sabun wangi, sebagai usaha memperkasakan kemahiran keusahawanan dalam kalangan belia. Program ini merupakan anjuran 𝗣𝗲𝗷𝗮𝗯𝗮𝘁 𝗕𝗲𝗹𝗶𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗔𝗹𝗼𝗿 𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵 dengan kerjasama 𝗚𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗹𝗶𝗮 𝟰𝗕 (𝗠) 𝗖𝗮𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗞𝗮𝗺𝗽𝘂𝗻𝗴 𝗚𝗮𝗱𝗲𝗸 dan 𝗦𝗲𝗸𝗿𝗲𝘁𝗮𝗿𝗶𝗮𝘁 𝗥𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗠𝘂𝗱𝗮 𝗨𝗖𝗔𝗠. Majlis penutup telah dirasmikan oleh 𝗬𝗕𝗿𝘀. 𝗞𝗮𝗽𝘁𝗲𝗻 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗲𝗸𝘂𝘁𝘂 (𝗣𝗔) 𝗞𝗵𝗮𝗶𝗿𝗶 𝗦𝗵𝘂𝗸𝗿𝗶 𝗯𝗶𝗻 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗮𝗱 𝗧𝗮𝗵𝗶𝗲𝗿, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar & Pengantarabangsaan UCAM. Seramai 28 orang peserta terdiri daripada belia sekitar Daerah Alor Gajah telah menyertai program ini. Turut disampaikan dalam majlis ini ialah sijil penyertaan kepada para peserta, sijil penghargaan kepada 𝗦𝗲𝗸𝗿𝗲𝘁𝗮𝗿𝗶𝗮𝘁 𝗥𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗠𝘂𝗱𝗮 𝗨𝗖𝗔𝗠 selaku urus setia program, serta kepada tenaga pengajar dari 𝗦𝗠𝗞 𝗕𝘂𝗸𝗶𝘁 𝗕𝗮𝗿𝘂 yang telah menyumbang kepakaran dalam bengkel pembuatan sabun. Sebagai penghargaan khas, anugerah 𝗣𝗲𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 𝗧𝗲𝗿𝗯𝗮𝗶𝗸 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 turut disampaikan kepada peserta yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang program berlangsung. Program ini bukan sahaja menjadi platform pengembangan kemahiran hidup dalam kalangan belia, malah memperkukuhkan jalinan kerjasama antara institusi pengajian, sekolah, dan komuniti setempat dalam usaha membina generasi muda yang berdaya saing dan berkemahiran.