AYER KEROH, 18 Julai 2025 - Telah berlangsung Klinik Sukan Kondi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka 2025 yang disertai oleh kakitangan JBS Negeri Melaka Peserta telah diberikan taklimat asas berkaitan permainan konda kondi dan selepas taklimat telah diadakan pertandingan konda kondi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka 2025. Suasana di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka cukup meriah dengan kedatangan kakitangan yang bersorak memberi semangat kepada pasukan yang masing-masing. Berikut adalah senarai pasukan yang menang :- Johan - Kombes + Rakan Muda Naib Johan - Pentadbiran + MT Ketiga - Sukan Keempat Belia + Pentadbiran Kelima - Jasin Keenam - Alor Gajah Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Kepada pasukan yang kalah tidak mengapa cuba lagi dan peroleh kejayaan pada pertandingan yang akan datang!
KRUBONG, 17 Julai 2025- Telah berlangsung Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Sempena Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Melaka yang di rasmikan oleh YB Datuk Shanmugam A/L V.Pitchay, Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka bertempat di Stadium Hang Jebat, Melaka. Sekolah yang telah berjaya menjadi johan telah menerima wang tunai sebanyak RM500 bagi sekolah menengah dan RM300 bagi sekolah rendah. Sekolah yang telah menangi johan bagi pertandingan tersebut ialah: 1. Badan Bukan Kerajaan (NGO) Lelaki - SM TAHFIZ AL-QURAN (JAIM) CHENDERAH 2. PBB Sekolah Rendah Lelaki - Sekolah Kebangsaan Tun Syed Ahmad Shahabudin 3. PBB Sekolah Rendah Perempuan - SK Ayer Keroh 4. Kategori TKRS Lelaki - Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh 5. Kategori TKRS Perempuan - Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal 6. Badan Bukan Kerajaan (NGO) Perempuan - SMK Tinggu Perempuan Melaka 7. Kategori GO Sekolah Menengah Lelaki- SMK Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa 8.Kategori GO Sekolah Menengah Perempuan - SMK Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa 9. Kategori KRS Lelaki - SMK Malim 10. Kategori KRS Perempuan- SMK Malim Tahniah dan syabas buat semua pemenang !
MERLIMAU, 17 Julai 2025 - Seramai 40 orang peserta sertai Kursus Pastri bagi Program Intervensi Pemerkasaan Ekonomi Belia Negeri Melaka 2025 yang berlangsung di Politeknik Merlimau Melaka. Taklimat pengenalan telah disampaikan oleh Encik Abdul Rasyid Rahman, Pegawai Ekonomi JBS Melaka. Disediakan : Afiq Mazly
KRUBONG, 17 Julai 2025 - Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Sempena Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Melaka yang bertempat di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 17 Julai 2025. Program ini juga adalah anjuran bersama Jabatan Pendidikan Negeri Melaka yang dikelola oleh SMK Tun Tijah Melaka. Terdapat 66 pasukan terdiri daripada 23 kategori Sekolah Rendah dan 43 Sekolah Menengah dan kesemua peserta seramai 1965 orang peserta.
AYER KEROH, 15 Julai 2025 - Bertempat di AEON Melaka Shopping Centre Ayer Keroh, Melaka dengan gabungan kerjasama strategik antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah, Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah, AEON Melaka Shopping Centre dan Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Solok Tangga Batu (STABA) telah berjaya melaksanakan Program Fiesta Rakan Muda Peringkat Daerah Melaka Tengah Tahun 2025 bertempat di AEON Melaka Shopping Centre, Ayer Keroh, Melaka. Seramai 400 orang peserta hadir pada Pertandingan Doodle Arts (65 orang), Peserta Pertandingan Inovasi Kitar Semula (55 orang) dan Persembahan Kawad Kaki. Program ini menggabungkan 3 Gaya Hidup Rakan Muda iaitu Rakan Bumi (Pertandingan Inovasi Kitar Semula), Rakan Ekspresi (Pertandingan Doodle Arts) dan juga Rakan Mahir (Persembahan Kawad Kaki). JOHAN bagi setiap KATEGORI telah menerima Hadiah Wang Tunai berjumlah RM 250 & Sijil. Pemenang NAIB JOHAN bagi setiap KATEGORI pula menerima Hadiah Wang Tunai berjumlah RM 150 & Sijil manakala pemenang TEMPAT KETIGA bagi setiap KATEGORI telah menerima Hadiah Wang Tunai berjumlah RM 100 & Sijil. Berikut adalah keputusan bagi Pertandingan Inovasi Kitar Semula :- JOHAN Nur Nadwah Hasanah binti Nor Hisham SMK Telok Mas NAIB JOHAN Nurasyiqin binti Mohd Khairuzaman SMK Munshi Abdullah TEMPAT KETIGA Nur Thuwaibah 'Atiqah Ai binti Abd Aziz SMK Munshi Abdullah TEMPAT KEEMPAT Akma Ariana binti Azizan SMK Bukit Baru TEMPAT KELIMA Syasya Laila Farhan Binti S.L. Daus SMK Munshi Abdullah Bagi Pertandingan Doodle Arts keputusan adalah sepeti berikut :- JOHAN Muhammad Daniel Aiman bin Mustafah, SMK Methodist (ACS) Tengkera Methodist NAIB JOHAN Nur Qisya Qaireen binti Muhammad Wafi SMK Tun Haji Abdul Malek TEMPAT KETIGA Nur Aina binti Mohd Maziz SMK Telok Mas TEMPAT KEEMPAT Muhamad Danish Harith bin Ahmad Bahari SM Sains Muzaffar Syah TEMPAT KELIMA Nurul Qalesyah binti Yusri SMK Telok Mas Program ini turut diserikan dengan Persembahan Kawad Kaki dari SMK Ayer Keroh, SK Padang Temu dan SK Tun Syed Ahmad Shahabudin. Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Puan Noorzalina binti Sulaiman, wakil Pengurus Pusat AEON Melaka
𝗔𝗟𝗢𝗥 𝗚𝗔𝗝𝗔𝗛, 𝟭𝟯 𝗝𝗨𝗟𝗔𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟱 - Seramai 62 orang peserta telah menyertai acara Sukan Petanque Program 1000 Liga Peringkat Daerah Alor Gajah Tahun 2025 bertempat di Gelanggang Petanque UiTM Kampus Alor Gajah, Melaka. Ucapan penghargaan serta terima kasih kepada 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗯 𝗕𝗼𝘂𝗹𝗲𝘀 𝗥𝗲𝗺𝗯𝗶𝗮 (𝗞𝗕𝗥) dan 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗕𝗼𝘂𝗹𝗲𝘀 𝗗𝗮𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗔𝗹𝗼𝗿 𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵 yang merupakan rakan strategik PBSD Alor Gajah dalam menganjurkan kejohanan pada kali ini. Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada pihak 𝗨𝗶𝗧𝗠 𝗞𝗮𝗺𝗽𝘂𝘀 𝗔𝗹𝗼𝗿 𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵 kerana menjadi lokasi penganjuran kejohanan. Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗦𝗼𝗱𝗶𝗸𝗶𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗔𝗹𝗶, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah bersama 𝗣𝘂𝗮𝗻 𝗦𝗶𝘁𝗶 𝗦𝘆𝘂𝗵𝗮𝗶𝗹𝗶 𝗕𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗡𝗮𝘄𝗮𝘄𝗶, selaku Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Unit Sukan UiTM Kampus Alor Gajah. Diharapkan kerjasama ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang memandangkan sambutan penyertaan yang amat menggalakkan daripada belia setempat.
𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚, 𝟭𝟮 𝗝𝗨𝗟𝗔𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟱 – Program Fiesta Rakan Muda Peringkat Daerah Alor Gajah Tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Mydin Pulau Sebang Hypermarket. Program ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah dan Gerakan Belia 4B Malaysia Cawangan Padang Sebang. Penganjuran fiesta ini bertujuan untuk mencungkil serta mengembangkan bakat dan kemahiran generasi muda dalam pelbagai bidang, khususnya dalam seni persembahan seperti 𝗞𝗮𝘄𝗮𝗱 𝗞𝗮𝗸𝗶 𝗙𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶 (Rakan Mahir), 𝗗𝗼𝗼𝗱𝗹𝗲 𝗔𝗿𝘁 (Rakan Ekspresi) dan 𝗜𝗻𝗼𝘃𝗮𝘀𝗶 𝗞𝗶𝘁𝗮𝗿 𝗦𝗲𝗺𝘂𝗹𝗮 (Rakan Bumi). Antara aktiviti utama yang dijalankan termasuklah :- 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗗𝗼𝗼𝗱𝗹𝗲 𝗔𝗿𝘁 yang mendapat penyertaan seramai 125 orang pelajar. 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗜𝗻𝗼𝘃𝗮𝘀𝗶 𝗞𝗶𝘁𝗮𝗿 𝗦𝗲𝗺𝘂𝗹𝗮 dengan penyertaan 26 orang pelajar. 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗲𝗺𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗞𝗮𝘄𝗮𝗱 𝗞𝗮𝗸𝗶 oleh Pasukan Kadet Bersatu Malaysia dari SMK Dato' Dol Said dan Pasukan Kadet Polis dari SMA (JAIM) Al-Asyraf, melibatkan seramai 40 orang anggota setiap pasukan. Majlis Penutup dirasmikan oleh 𝗬𝗕 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗩.𝗣 𝗦𝗵𝗮𝗻𝗺𝘂𝗴𝗮𝗺 𝗮/𝗹 𝗩. 𝗣𝗶𝘁𝗰𝗵𝗮𝘆, Exco Belia, Sukan dan NGO's Negeri Melaka. Turut hadir memeriahkan majlis ialah 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗦𝗼𝗱𝗶𝗸𝗶𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗔𝗹𝗶, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah; 𝗬𝗕𝗿𝘀. 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗕𝗮𝘀𝗵𝗮𝗿 𝗯𝗶𝗻 𝗔𝗯𝘂 𝗕𝗮𝗸𝗮𝗿, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Alor Gajah; 𝗦𝗮𝘂𝗱𝗮𝗿𝗮 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱 𝗙𝗮𝗶𝘇 𝗯𝗶𝗻 𝗔𝘇𝗶𝘇, Pengerusi Majlis Gabungan Belia Daerah Alor Gajah dan 𝗦𝗮𝘂𝗱𝗮𝗿𝗮 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗙𝗶𝗿𝗱𝗮𝘂𝘀 𝗯𝗶𝗻 𝗝𝗼𝗵𝗮𝗿𝗶, Pengerusi Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Padang Sebang. Barisan juri pertandingan terdiri daripada guru - guru lantikan Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah, manakala pertandingan Doodle Art turut dinilai oleh 𝗬𝗕𝗵𝗴. 𝗗𝗿. 𝗥𝗼𝘀𝗹𝗶 𝗯𝗶𝗻 𝗭𝗮𝗸𝗮𝗿𝗶𝗮, Bekas Pensyarah Kanan Jabatan Seni Halus, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM Cawangan Melaka selaku juri khas. Majlis diserikan lagi dengan lawatan VIP ke ruang pameran hasil karya para peserta pertandingan Doodle Art dan Inovasi Kitar Semula. Program ini bukan sahaja menjadi platform mengasah bakat anak muda, malah turut memperkukuhkan semangat kerjasama antara agensi dan organisasi belia dalam melahirkan generasi yang lebih berdaya saing, kreatif dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
ALOR GAJAH, 12 Julai 2025 - Program Intervensi Siri 5 Biggest Loser KBS Negeri Melaka 2025 @ Open Day Wellness Hub Alor Gajah.Seramai 50 orang peserta hadir dan menyertai aktiviti yang diadakan antaranya ialah, Saringan Komposisi Badan, Senamrobik, Latihan Litar, Taklimat Pemakanan sihat, Pemeriksaan gigi dan Aktiviti Minda sihat. Terima kasih diucapkan kepada Unit Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dan Wellness Hub Alor Gajah atas ruang dan peluang ini kepada peserta biggest loser Melaka. Ayuh semua kita amalkan gaya hidup sihat dan kekal cergas bersama. JBSNM Komited.!!
PULAU REDANG, 12 Julai 2025 - Sedang berlangsung hari kedua bagi aktiviti kedua sempena Program Summer Camp Rakan Muda Peringkat Negeri Melaka iaitu Latihan Dalam Kumpulan yang merangkumi elemen Sukan Tradisional dan Group Presentation. Aktiviti di mulakan dengan pengenalan Sukan Tradisional dan sejarahnya, peraturan permainan, demonstrasi permainan serta disekalikan bersama Mini Games yang diseliakan oleh Ketua Kem Komandan En Mohd Faizuddin bin Ali bersama urusetia JBSN Melaka.