AYER KEROH, 22 September 2025 - Majlis Pelancaran Projek Reben Kuning Peringkat Negeri Melaka 2025 di Dataran Agro Penjara Dusun Dato' Murad, Melaka. . Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh Datuk VP Shanmugam V. Pitchay, Exco Belia, Sukan dan Bukan Kerajaan Negeri Melaka. . Hadir sama Tuan Rosman Norman@Normin, Pengarah Penjara Negeri Melaka dan Encik Zailani Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. . Projek ini bertujuan agar mereka yang pernah atau sedang berada dalam institusi pemasyarakatan atau sekolah pemulihan akhlak diberi peluang untuk memperbaiki diri dan kembali ke masyarakat dengan lebih baik.
Seremban, 20 September 2025 - Liga Sukan Orang Kurang Upaya (LiSOKU) Peringkat Kebangsaan 2025 telah melabuhkan tirainya hari ini dengan penuh semangat kesukanan dan inspirasi! Seramai 15 kontinjen dari seluruh negara telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini, menjadikannya platform terbaik mencungkil bakat dan memperkasakan komuniti OKU dalam bidang sukan. Majlis Penutup telah disempurnakan oleh YB Senator Tuan Isaiah D. Jacob, Ahli Dewan Negara. Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBrs. Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, YBrs Encik Zailaini bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dan YBhg. Encik Abu Bakar bin Nyat, Presiden Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Melaka. Tahniah kepada Kontinjen LiSOKU Melaka 2025 atas pencapaian berikut: Futsal Lelaki – Peringkat Kumpulan Wanita – Suku Akhir Bola Tampar Duduk Lelaki – Suku Akhir Wanita – Suku Akhir Tenpin Boling Lelaki Berkumpulan – Kedudukan Ke-8 Wanita Berkumpulan – Johan Campuran – Johan Syabas & tahniah diucapkan kepada semua atlet, jurulatih, pegawai dan urus setia yang telah berkorban masa, tenaga dan semangat demi menjayakan LiSOKU kali ini. Anda semua luar biasa! Semoga sukan OKU terus cemerlang dan memberi inspirasi kepada seluruh masyarakat.
AYER KEROH, 20 September 2025 - Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka menjadi venue pelaksanaan Malaysia Aktif Negeri Melaka 2025 @ Parlimen Hang Tuah Jaya yang melibatkan pelbagai aktiviti kecergasan. . Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Tuan Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya di hadapan 2,500 orang tetamu dan peserta. . Hadir sama Encik Zailani Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. . Pelbagai aktiviti menarik telah disusun bagi memeriahkan program seperti Dodgeball, Walking Football, Family Fun Walk, Fun Run, Wall Climbing, Aerobikthon, Pickleball, Gerai Jualan, Pameran JBSNM dan Mari Mencuba ATV, Menanah, Target Shooting Paintball, Jualan Decathlon, Al-Ikhsan, Celcom/Digi, Booth 100 Plus, F&N dan Farm Fresh. . Terima kasih diucapkan kepada Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Polis Diraja Malaysia, Persatuan Myfitjoy Aerobics Club, Persatuan Dodgeball Negeri Melaka, Persatuan Pickleball Negeri Melaka, Persatuan Walking Football, Kelab Sukan Rekreasi REDTMA, Persatuan Sukan Tradisional Negeri Melaka, Club One Krubong Night Runners, Strange Film, ATV Teras, Decathlon, Al-ikhsan, 100 Plus, F&N, Celcom/Digi, Farm Fresh & Ban Lee Motor yang memberikan kerjasama dan membantu dalam menjayakan peganjuran program Malaysia Aktif ini.. . Mana Lagi Kiter Melaka Ler !!!!
AYER KEROH, 20 September 2025 - Pelepasan Family Fun Walk dan Fun Run sempena Malaysia Aktif Melaka 2025 @ Parlimen Hang Tuah Jaya telah berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka. . Pelepasan peserta telah disempurnakan oleh YB Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya. Hadir sama Encik Zailani Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. . Seramai 1,200 orang peserta menyertai acara ini yang melibatkan laluan sejauh 5 kilometer dan 2 kilometer.
AYER KEROH, 19 September 2025 – Majlis Pelepasan Kontinjen Negeri Melaka ke Kejohanan Liga Sukan Komuniti (LSK) dan Liga Sukan Orang Kurang Upaya (LiSOKU) Peringkat Kebangsaan 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka. . Majlis telah disempurnakan YB Datuk P. Shanmugam a/l V. Pitchay, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka. Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBrs. Encik Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka, Yang Berbahagia Encik M.S Richard a/l Maria Souce, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya dan Yang Berbahagia Encik Abu Bakar bin Nyat, Presiden Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya (PESRON) Negeri Melaka. . Selamat berjuang dan maju jaya diucapkan kepada seluruh kontinjen Negeri Melaka. Semoga terus cemerlang dan mengharumkan nama negeri di pentas kebangsaan.
AYER KEROH, 17 September 2025 - Bertempat di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, pengarah menerima kunjung hormat dari Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Melaka Kawasan Hang Tuah Jaya. Kunjung hormat ini sebagai tanda sokongan penuh dan pengenalan organisasi belia 4B Kawasan Hang Tuah Jaya kepada pihak jabatan. Diharapkan dengan kepimpinan yang baharu ini, Gerakan Belia 4B Hang Tuah Jaya sesi 2025/2027 dapat menggerakan ahli khususnya jawatankuasa dalam mengukuhkan semangat dan ukhwah bersama jabatan.
Tanjung Bidara, 14 September 2025 - Telah berlangsung Program Malaysia Aktif Melaka 2025 Sempena Pesta Pantai Tanjung Bidara. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan bagi memeriahkan Program Pesta Pantai Tanjung Bidara pada kali ini Pelbagai Aktiviti dan Pertandingan trlah yang diadakan antaranya : Pertandingan Aerobikthon Pertandingan 3 on 3 Netball Klinik Wall Climbing Pertandingan Konda-Kondi Pantai Fun Run Pesta Pantai Fun Ride Pesta Pantai Program ini diserikan dengan kehadiran YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh Ketua Menteri Melaka. Turut hadir bersama YB Datuk VP. Shanmugam A/L V. Pitchay, Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan NGO dan YBrs. Tuan Zailani Bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Terima kasih diucapkan kepada Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Japerun Tanjung Bidara dan semua agensi serta NGO yang terlibat di atas kerjasama dan bantuan dalam menjayakan program ini.
MELAKA, 12 September 2025 - Mesyuarat Penyelarasan Program Malaysia Aktif Peringkat Negeri Melaka 2025 @ Parlimen Hang Tuah di Bilik Mesyuarat JBS Melaka. Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Zailani Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. . Malaysia Aktif Peringkat Negeri Melaka 2025 @ Parlimen Hang Tuah Jaya bakal berlangsung 20 September 2025 ini di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka. . Beberapa aktiviti menarik menanti pengunjung iaitu Family Fun Walk, Fun Run, Aerobikthon, Dam Aji, Konda Kondi, Dodgeball, Pickleball, Wall Climbing, Mewarna, Pameran dan Jualan Barangan Sukan.
AYER KEROH, 10 September 2025 - Telah berlangsung Mesyuarat Tapak Projek Naik Taraf Gelanggang Futsal di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka Bil 2/2025 bertempat di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Mesyuarat membincangkan peratusan siap kerja setiap syarikat yang dilantik dan lain-lain hal yang berkaitan dengan kerja-kerja naik taraf gelanggang futsal. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Khairol bin Kamis Penolong Pengarah Kanan Sukan JBSNMelaka. Hadir sama Encik Marzuki bin Mehat, Bahagian Pembangunan KBS.