- JBS Melaka
- Hits: 15
PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK SEMPENA PROGRAM RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT NEGERI MELAKA 2026
- JBS Melaka
- Hits: 15
Semabok, 15 Mac 2026 – Suasana penuh semangat gotong-royong mewarnai Program Agihan Bubur Lambuk sempena Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Melaka 2026 yang berlangsung di perkarangan Masjid Al-Abrar, Semabok.
Program ini menyaksikan kerjasama erat warga kerja Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, RELA Negeri Melaka, Sukarelawan UNITAR Cawangan Melaka serta Jawatankuasa Masjid Al-Abrar dalam menyediakan dan mengagihkan bubur lambuk kepada masyarakat setempat.
Inisiatif ini bukan sahaja menyemarakkan keberkatan Ramadan malah mengukuhkan semangat kebersamaan antara agensi dan komuniti.
