- JBS Melaka
- Hits: 16
KECOH SAHUR DI BEMBAN MERIAH
- JBS Melaka
- Hits: 16
Jasin, 13 Mac 2026 – Program Kecoh Sahur Skuad Antidadah Daerah Jasin 2026 sekitar DUN Bemban telah dilaksanakan bermula jam 10.30 malam dan berakhir pada jam 2.00 pagi dengan suasana yang meriah dan penuh semangat kebersamaan.
Program berbentuk konvoi ke rumah 10 orang penerima sumbangan terpilih ini bertujuan untuk memeriahkan lagi suasana Ramadan di samping berkongsi kegembiraan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal kunjung tiba.
Tahun 2026 merupakan tahun kelima penganjuran program ini dilaksanakan di Daerah Jasin. Antara objektif lain program ini adalah untuk meningkatkan keahlian Skuad Antidadah Daerah Jasin, di samping menggalakkan penglibatan masyarakat dalam usaha pencegahan penyalahgunaan dadah.
Program ini merupakan hasil kerjasama antara Skuad Antidadah Daerah Jasin, AADK Daerah Jasin, Pejabat Penerangan Daerah Jasin, Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Jasin, Majlis Gabungan Belia Daerah (MGBD) Jasin, GB4B Kawasan Jasin, Japerun Bemban serta sukarelawan-sukarelawan yang terlibat.
Penganjuran program seumpama ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara agensi dan masyarakat, malah turut menyemarakkan semangat keprihatinan dan kebersamaan dalam kalangan komuniti sepanjang bulan Ramadan.
