PANTAI BIDARA 7 OGOS 2024 - Pesta Pantai Tanjung Bicara 2024 bakal berlangsung pada 14 dan 15 September 2024 nanti. Program ini akan dimeriahkan dengan penganjuran Mini Karnival Fit Malaysia 2024 dengan pelbagai aktiviti sukan dan kecergasan. Bagi memastikan kelancaran program satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Japerun Tanjung Bidara.
JASIN, 7 Ogos 2024 - Komuniti Fit Daerah Jasin Siri 2 Tahun 2024 telah berlangsung dengan jayanya di Program Pemulihan Dalam Komuniti Nur Hidayah, Jasin Bestari. Seramai 60 orang peserta terdiri daripada pelajar SMKA Tun Perak dan anak-anak istimewa telah hadir memeriahkan aktiviti kecergasan berkenaan.
.
2 instruktor kecergasan yang mengepalai senamrobik iaitu Kak Jue dan Kak Kay telah membawa beberapa senaman ringkas dan menarik yang sesuai untuk pelajar dan anak-anak istimewa di tempat berkenaan. Sesi telah berlangsung dalam tempoh 30 minit dengan penuh keseronokan peserta.
.
Antara objektif program adalah untuk mewujudkan keseronokan dan saling memberi inspirasi dalam kalangan masyarakat bagi aktiviti kecergasan dalam membudayakan gaya hidup sihat dan cergas. Selain itu, ia juga secara tidak langsung memberi ruang kepada pelajar dapat bermesra dengan anak istimewa di tempat berkenaan.
.
Turut hadir ialah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin, Nurul Haida Mohd Ghazali.
AYER KEROH, 07 Ogos 2024 - Kejohanan Bola Jaring bawah 12 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun Majlis Sukan Sekolah Negeri Melaka Tahun 2024 menutup tirai dengan penuh meriah.
Berikut adalah keputusan :-
KATEGORI BAWAH 18 TAHUN :-
Johan - Melaka Tengah I
Naib Johan - Alor Gajah I
Ke-3 - Jasin I
KATEGORI BAWAH 15 TAHUN :-
Johan - Melaka Tengah I
Naib Johan - Alor Gajah II
Ke-3 - Alor Gajah III
KATEGORI BAWAH 12 TAHUN :-
Johan - Alor Gajah I
Naib Johan - Jasin I
Ke-3 - Alor Gajah II
Kehadiran tetamu jemputan iaitu Timbalan Pengarah, Unit Hal Ehwal Murid di Jabatan Pendidikan Negeri Melaka ; Tuan Haji Jamsari bin Mariman bagi majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang. Turut hadir, Pengetua SMK Canosa Convent ; Puan Lim Siew Hong.
Krubong, 07 Ogos 2024 - Telah berlangsung Lawatan Tapak Sebutharga Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Tanpa Senjata Api Di Kompleks Sukan Komuniti Krubong. Sesi lawatan ini telah dihadiri oleh seramai 49 wakil syarikat bumiputera dalam Melaka.
.
Turut hadir Puan Runiza binti Mahmud ; Pengurus Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka. Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Pembantu Tadbir, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka ; Encik Radzali bin Rasit.
MERLIMAU 6 OGOS 2024 - Festival D Bendang Melaka 2024 akan dimeriahkan dengan Program Sukan Luar Bandar anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Pelbagai acara sukan menarik yang disediakan antaranya Galah Panjang, Panjat Tiang Licin, Bola Tampar Bendang, Pukul Bantal, Futsal Bendang, Bola Jaring Bendang, Fun Ride, Fun Run, Fun Walk dan berbagai lagi.
Satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan bersama jawatankuasa dan NGO yang terlibat bagi memastikan kelancaran program ini. Sama-sama kita meriahkan Sukan Luar Bandar Sempena KUD @ Festival D Bendang Melaka 2024 pada 9 hingga 11 Ogos 2024 nanti.!!!
5 OGOS 2024, ALOR GAJAH - Satu Mesyuarat Penyelarasan Program Khidmat Komuniti Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Melaka 2024 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Japerun Ayer Limau, Alor Gajah Melaka dan dipengerusikan oleh YB Datuk Haji Hameed Bin Mytheen Kunju Basheer, Exco Kerja Raya, Infrastruktur Kemudahan Awam Dan Pengangkutan Negeri Melaka. Hadir bersama Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka, Encik Khairul Adri Bin Dato Rosli.
Mesyuarat penyelarasan ini turut melibatkan agensi-agensi antaranya Majlis Perbandaran Alor Gajah, Melaka, Perbadanan Sungai Dan Pantai Melaka, Jabatan Perhutanan Negeri Melaka, Jabatan Pertanian Negeri Melaka, Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Melaka, Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Alor Gajah, JPKK Paya Lebar dan Majlis Gabungan Belia Daerah Alor Gajah.
KRUBONG, 05 Ogos 2024 - Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dengan kerjasama SMK Canosa Convent menganjurkan Kejohanan Bola Jaring bawah 12 tahun, bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun Majlis Sukan Sekolah Negeri Melaka Tahun 2024
.
Kejohanan berlangsung selama 3 hari bermula pada hari ini dimulakan dengan Kategori Bawah 15 tahun dan 18 tahun dengan penyertaan sebanyak 16 pasukan bagi setiap kategori.
.
Objektif utama penganjuran ini diadakan bagi mencungkil bakat seterusnya mewakili diperingkat Negeri Melaka.
AYER KEROH 4 OGOS 2024 - Daerah Alor Gajah ungguli Kejohanan Liga Sukan Komuniti (LSK) bagi tahun 2024 yang berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka dan Dewan Badminton MSN Melaka. Pasukan Daerah Alor Gajah telah menjadi juara bagi ketiga-tiga acara sukan yang dipertandingkan iaitu Sepak Takraw, Ping Pong dan Bola Tampar.
Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh YBrs Encik Khairul Adri bin Dato’ Rosli Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan LSK Melaka 2024 kali ini khususnya Persatuan Sepak Takraw Negeri Melaka, Persatuan Bola Tampar Negeri Melaka, Persatuan Ping Pong Negeri Melaka dan Majlis Sukan Negeri Melaka.
Ayuh kita semarakan aktiviti sukan dan rekreasi bersama. Semoga sukan terus menyatukan kita semua.!!
ALOR GAJAH 2 OGOS 2024 - Telah berlangsung Majlis Penyerahan Baju Kontinjen Liga Sukan Komunti (LSK) Daerah Alor Gajah pada 2 Ogos 2024 bertempat di Kompleks Rakan Muda, Alor Gajah. Kontinjen LSK Alor Gajah menghantar 65 orang peserta ke Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Melaka yang akan berlangsung pada 4 Ogos 2024 (Ahad) di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka untuk acara Bola Tampar Wanita, Sepak Takraw dan Ping Pong Berpasukan.
Kontinjen LSK Daerah Alor Gajah akan diketuai oleh Encik Sodikin bin Ali, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Alor Gajah selaku Ketua Kontinjen. Selamat Maju Jaya untuk semua peserta. Semoga beroleh kejayaan.