- JBS Melaka
- Hits: 36
KUNJUNGAN HORMAT KELAB BOLASEPAK BEKAS PEMAIN NEGERI MELAKA KEPADA PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI MELAKA
- JBS Melaka
- Hits: 36
AYER KEROH, 26 Februari 2026 - Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, YBrs. Tuan Zailani bin Siran telah menerima Kunjungan Hormat daripada Setiausaha Kelab Bolasepak Bekas Pemain Negeri Melaka iaitu Tuan Melvin Tan Ching Yang.
Kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk membincangkan Kerjasama Strategik dan Hala Tuju dalam Pelaksanaan Program serta mengeratkan ukhuwah di antara JBSN Melaka dan Kelab Bolasepak Bekas Pemain Negeri Melaka.
Hadir bersama dalam pertemuan ini adalah Bendahari Kelab iaitu Encik Musaffar Syah bin Daud Syah.
