- JBS Melaka
- Hits: 90
PROGRAM RAKAN MUDA PRIHATIN : MOBILISASI SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA) PERINGKAT DAERAH ALOR GAJAH SIRI 6 TAHUN 2025
ALOR GAJAH, 27 NOVEMBER 2025 โ Program Rakan Muda Rakan Prihatin : Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Siri Ke-6 Tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya di ๐๐ฒ๐๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ป๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป๐ด, ๐ฃ๐ฒ๐ท๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐ ๐๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐ท๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ ๐ฎ๐๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ต ๐๐น๐ผ๐ฟ ๐๐ฎ๐ท๐ฎ๐ต. Penganjuran siri kali ini memberi tumpuan kepada aktiviti menyantuni warga emas melalui pendekatan kecergasan dan riadah santai.
Program dimulakan dengan senamrobik yang dikendalikan oleh ๐๐ป๐๐๐ฟ๐๐ธ๐๐๐ฟ ๐ ๐๐ณ๐ถ๐๐ท๐ผ๐ ๐๐ฒ๐ฟ๐ผ๐ฏ๐ถ๐ฐ๐ ๐๐น๐๐ฏ bersama ahli ๐ฆ๐๐ง๐ฅ๐๐, diikuti empat acara sukaneka yang meriah iaitu musical chair, baling belon air, boling kelapa dan masukkan benang ke dalam jarum. Kesemua acara dijalankan dalam suasana ceria dan penuh gelak tawa, sekali gus menggalakkan kesejahteraan fizikal serta interaksi sosial yang positif dalam kalangan peserta.
Program ini disertai seramai 60 orang ahli ๐ฃ๐๐๐ฎ๐ ๐๐ธ๐๐ถ๐๐ถ๐๐ถ ๐ช๐ฎ๐ฟ๐ด๐ฎ ๐๐บ๐ฎ๐ (๐ฃ๐๐ช๐) ๐๐น๐ผ๐ฟ ๐๐ฎ๐ท๐ฎ๐ต bersama 15 orang ๐๐๐ธ๐ฎ๐ฟ๐ฒ๐น๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ฆ๐๐ง๐ฅ๐๐ dari ๐๐๐ง๐๐ก ๐๐น๐ผ๐ฟ ๐๐ฎ๐ท๐ฎ๐ต yang bertindak sebagai pengendali dan pengiring aktiviti. Turut disediakan pelbagai hadiah menarik, termasuk anugerah khas Kumpulan Paling Ceria sebagai penghargaan kepada peserta yang menunjukkan semangat kesukanan terbaik.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh ๐ฌ๐๐ฟ๐. ๐๐ป๐ฐ๐ถ๐ธ ๐ ๐ผ๐ต๐ฑ ๐๐ฎ๐ถ๐๐ฎ๐น ๐ฏ๐ถ๐ป ๐ ๐ฎ๐ ๐ฌ๐ฎ๐ฎ๐ฐ๐ผ๐ฏ, Pegawai Kebajikan dan Masyarakat Daerah Alor Gajah. Turut hadir memeriahkan program ialah ๐ฌ๐๐ฟ๐. ๐๐ป๐ฐ๐ถ๐ธ ๐ฆ๐ผ๐ฑ๐ถ๐ธ๐ถ๐ป ๐ฏ๐ถ๐ป ๐๐น๐ถ, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah serta ๐ฌ๐๐ฟ๐. ๐๐ป๐ฐ๐ถ๐ธ ๐๐น๐ถ๐ฎ๐ ๐ฏ๐ถ๐ป ๐ก๐ฎ๐๐ฎ๐ป, Pengerusi PAWE Alor Gajah.
Penganjuran program ini terus memperkukuhkan kerjasama strategik antara agensi kerajaan dan belia sukarelawan dalam usaha menyantuni komuniti, khususnya warga emas, selaras dengan aspirasi Rakan Muda Rakan Prihatin.
- JBS Melaka
- Hits: 90
