- JBS Melaka
- Hits: 20
LAWATAN TAPAK BAGI PENGESAHAN REKA BENTUK PROJEK MENAIK TARAF PADANG BOLA SEPAK KEPADA PADANG BOLA SEPAK SINTETIK DI KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN NEGERI MELAKA
- JBS Melaka
- Hits: 20
AYER KEROH, 11 Mac 2026 – Telah berlangsung Lawatan Tapak bagi Pengesahan Reka Bentuk Projek Menaik Taraf Padang Bola Sepak Kepada Padang Bola Sepak Sintetik di Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Melaka. Ini merupakan inisiatif utama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi memperkasakan fasiliti sukan di Negeri Melaka amnya.
Objektif lawatan ini adalah merangkumi fasa pengesahan reka bentuk bagi membincangkan skop kerja keseluruhan projek secara terperinci seterusnya memastikan reka bentuk padang sintetik menepati piawaian teknikal yang ditetapkan oleh KBS. Semoga perlaksanaan projek menaik taraf ini dapat direalisasikan dengan sewajarnya.
Sesi Lawatan telah dihadiri oleh Encik Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, bersama Penolong Pengarah Kanan Sukan, Encik Mohd Khairol bin Kamis dan Pengurus KOMBES, Encik Muzaizi bin Mohammad. Hadir sama wakil dari Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan dan Cawangan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR Malaysia.
