AYER LIMAU, 15 Ogos 2024- Telah berlangsung Program Rakan Prihatin : Misi Pasca Banjir Peringkat Daerah Alor Gajah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah bersama Majlis Gabungan Belia Daerah Alor Gajah dengan kerjasama Japerun DUN Ayer Limau. Seramai 60 orang belia terlibat dalam misi kali ini.Terima kasih atas penyertaan dari IKTBN Alor Gajah , UniKL Micet dan SATRIA Alor Gajah. Sebanyak 8 lokasi telah dipilih dalam usaha membantu mangsa yang terlibat dengan musibah ini.
Terima Kasih YB Datuk Hameed Bin Mytheen Kunju Basheer. EXCO Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan merangkap ADUN Ayer Limau kerana menerima kunjungan belia untuk melaksana misi pasca banjir di kawasan Ayer Limau.
- JBS Melaka
- Hits: 90
