- JBS Melaka
- Hits: 34
LAWATAN TAPAK & PERBINCANGAN ASAHAN FUN TRAIL 2026
- JBS Melaka
- Hits: 34
Asahan, 2 April 2026 – Telah berlangsung sesi lawatan tapak dan perbincangan bagi penganjuran Asahan Fun Trail 2026 sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat DUN Asahan oleh Tuan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, En. Zailani Siran. Turut mengiringi beliau ialah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin, En. Mohd Hazriq Abu Zarin.
Lawatan dan perbincangan ini bertujuan untuk menyelaras serta memastikan kelancaran pelaksanaan program yang dijadualkan berlangsung pada 4 dan 5 April 2026 bertempat di Asahan Waterpark.
Program ini dijangka menarik penyertaan lebih daripada 500 orang peserta yang terdiri daripada dalam dan luar negara, sekaligus memeriahkan lagi aktiviti sukan rekreasi di kawasan tersebut.
