- JBS Melaka
- Hits: 153
PROGRAM TAYANGAN SKRIN BESAR PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2025 : PERLAWANAN PIALA AFC ASEAN CUP (MALAYSIA VS LAOS)
๐ฃ๐จ๐๐๐จ ๐ฆ๐๐๐๐ก๐, ๐ญ๐ฐ ๐ข๐๐ง๐ข๐๐๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ - Program Tayangan Skrin Besar sempena perlawanan Piala AFC ASEAN Cup 2025 antara pasukan Malaysia dan Laos telah berjaya dilaksanakan di Bandar Satelit, Pulau Sebang, Melaka. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat dengan kehadiran seramai lebih kurang 200 orang penonton yang hadir untuk memberi sokongan kepada pasukan Harimau Malaya.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran ๐ฌ๐. ๐๐ฎ๐๐๐ธ ๐ฃ. ๐ฆ๐ต๐ฎ๐ป๐บ๐๐ด๐ฎ๐บ ๐ฎ/๐น ๐ฉ. ๐ฃ๐ถ๐๐ฐ๐ต๐ฎ๐, Exco Belia, Sukan dan NGO Negeri Melaka, yang sudi meluangkan masa bersama-sama komuniti menyaksikan perlawanan tersebut. Turut hadir ialah ๐ฌ๐๐ฟ๐. ๐๐ป๐ฐ๐ถ๐ธ ๐ญ๐ฎ๐ถ๐น๐ฎ๐ป๐ถ ๐ฏ๐ถ๐ป ๐ฆ๐ถ๐ฟ๐ฎ๐ป, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka; ๐๐ป๐ฐ๐ถ๐ธ ๐ ๐ผ๐ต๐ฑ ๐๐ต๐ฎ๐ถ๐ฟ๐ผ๐น ๐ฏ๐ถ๐ป ๐๐ฎ๐บ๐ถ๐, Penolong Pengarah (Bahagian Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dan ๐๐ป๐ฐ๐ถ๐ธ ๐ฆ๐ผ๐ฑ๐ถ๐ธ๐ถ๐ป ๐ฏ๐ถ๐ป ๐๐น๐ถ, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah.
Selain tayangan utama perlawanan, beberapa aktiviti sampingan turut diadakan bagi memeriahkan suasana seperti pertandingan netball & penalty goal shooting, aktiviti teka gol, serta cabutan bertuah untuk para pengunjung. Suasana sepanjang program berlangsung amat meriah dengan sorakan penyokong yang penuh semangat patriotik.
Perlawanan berakhir dengan keputusan berpihak kepada pasukan Malaysia yang menewaskan Laos dengan jaringan gol 5 โ 1, sekali gus menggembirakan semua yang hadir. Secara keseluruhannya, program ini mencapai objektifnya dalam mengeratkan hubungan komuniti setempat serta menyemarakkan semangat kesukanan dan kecintaan terhadap pasukan bola sepak negara.
- JBS Melaka
- Hits: 153
