PEMACU KEJAYAAN HBN MELAKA 2026 : JBSNM PERKASA GERAK KERJA STRATEGIK

AYER KEROH, 29 April 2026 – Komitmen ke arah penganjuran yang lebih tersusun dan berimpak terus diperkukuh apabila Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka (JBSNM) sempena Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Melaka 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Mesyuarat JBS Melaka.

Mesyuarat penting ini telah dipengerusikan oleh Encik Muhammad Abdul Hafidz Mohd Amin, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, yang menekankan kepentingan penyelarasan gerak kerja secara menyeluruh dalam kalangan warga jabatan.

Perbincangan yang berlangsung memberi fokus kepada penyusunan strategi, pengagihan peranan serta pemantapan pelaksanaan program bagi memastikan setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan berimpak tinggi.

Inisiatif ini dilihat sebagai langkah proaktif JBSNM dalam memastikan Sambutan Hari Belia Negara 2026 di Negeri Melaka bukan sahaja berjalan lancar, malah mampu memberikan pengalaman bermakna serta memberi inspirasi kepada golongan belia di seluruh negeri.

Dengan semangat kerjasama dan komitmen yang padu, JBSNM optimis bahawa HBN Melaka 2026 bakal tampil sebagai platform dinamik dalam memperkasa pembangunan belia serta menyemarakkan semangat kepimpinan generasi muda.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search