SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2026 MERIAH DI TANJUNG BIDARA

TANJUNG BIDARA, 25 April 2026 – Program Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan 2026 berlangsung dengan meriah di Pantai Tanjung Bidara dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat yang turut sama memeriahkan program ini. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Datuk Seri Fadillah Yusof, Timbalan Perdana Menteri.

Sempena sambutan ini Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka turut mengambil inisiatif menganjurkan pelbagai aktiviti interaktif bagi menarik penglibatan orang ramai. Antara aktiviti yang mendapat sambutan hangat ialah “Mari Mencuba Memanah” serta “Plank Challenge” yang menguji ketahanan fizikal dan mental peserta.

Peserta yang menyertai aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja berpeluang mencuba pengalaman baharu, malah turut terima hadiah. Tahniah diucapkan kepada pemenang Plank Challenge yang berjaya menbawa pulang RM100 selepas membuat cabaran selama 20 minit 45 saat.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search