Kompleks CMI Melaka, 28 Oktober 2025 - Telah berlangsung Sesi Libat Urus Pindaan Akta Pembangunan Sukan 1997 (AKTA 576) Peringkat Zon Selatan melibatkan penyertaan daripada Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Penganjuran sesi ini adalah bagi mendapatkan pandangan, input dan maklum balas daripada pelbagai pemegang taruh sukan berhubung cadangan pindaan terhadap Akta 576 yang di kawal selia oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia, agar ia kekal relevan dan selaras dengan keperluan semasa pembangunan sukan negara. Seramai 150 orang hadir ke sesi libat urus ini yang terdiri daripada pelbagai sektor iaitu agensi Kerajaan Persekutuan, Negeri, Badan Berkanun, Persatuan Sukan, IPTA/IPTS dan Syarikat-Syarikat yang terlibat dalam industri sukan khususnya.
Melaka, 27 Oktober 2025 – Majlis penyerahan honorarium Program Latihan Pusat Kontinjen Para SUKMA Melaka telah berlangsung melibatkan Pasukan Para Renang Negeri Melaka dan Pasukan Para Olahraga Negeri Melaka. Bagi Pasukan Para Renang Negeri Melaka, seramai enam (6) orang atlet para bersama dua (2) orang pengurus dan jurulatih telah menerima honorarium tersebut. Turut sama, Pasukan Para Olahraga Negeri Melaka yang terdiri daripada sepuluh (10) orang atlet para serta seorang (1) pengurus turut menerima honorarium berkenaan. Majlis penyerahan telah diadakan di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dan disempurnakan oleh YBrs. Tuan Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Dalam majlis yang sama, turut diadakan penyerahan baju latihan Para Negeri Melaka kepada para atlet dan pegawai terlibat. Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan Negeri Melaka melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka bagi menghargai komitmen dan semangat juang atlet para negeri Melaka dalam persiapan menghadapi temasya Para SUKMA 2026. Semoga suntikan semangat dan penghargaan ini menjadi pemangkin kepada kejayaan cemerlang kontinjen para Melaka di pentas kebangsaan.
Tampin, 26 Oktober 2025 (Ahad) – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah dengan kerjasama Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Batang Tiga Timur telah menganjurkan Program Rakan Muda Rakan Bumi: Eksplorasi Alam Peringkat Daerah Melaka Tengah Tahun 2025 (Ekspedisi Gua Batu Maloi) bertempat di Taman Eco Rimba, Gua Batu Maloi, Negeri Sembilan. Program ini disertai seramai 51 orang peserta terdiri daripada anak muda GB4B (M) Caw. Batang Tiga Timur Dan Kelab Rakan Muda Tangga Batu serta wakil pertubuhan belia dari sekitar daerah Melaka Tengah. Program berkonsepkan eksplorasi dan khidmat alam sekitar ini bertujuan untuk memupuk kesedaran cintakan alam semula jadi di kalangan belia, di samping memperkukuh semangat kerjasama, daya tahan fizikal serta semangat kesukarelawanan. Majlis Perasmian Ekspedisi ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Turut serta Ekspedisi ini ialah Encik Md Zan bin Md Yausuf, Pengarah Kolej Profesional MARA Bandar Melaka dan Encik Wan Mohd Jefri bin Wan Hussin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah, Saudara Muhammad Afif bin Mustafa, Timbalan Pengerusi Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Batang Tiga Timur, Saudara Mohd Rafi Muiz bin Omar, Pengerusi Kelab Rakan Muda Tangga Batu, Saudara Muhammad Ikhwan bin Mohd Zaidi, Pengerusi MAYC Kawasan Bukit Katil dan Puan Maizatul Nadia binti Samion dari UNITAR College Melaka. Sepanjang program ini para peserta berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik termasuk jelajah gua, aktiviti eksplorasi alam, ceramah kesedaran alam sekitar, serta latihan membina pasukan (team building). Program ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu kepada para peserta, malah turut menanam rasa tanggungjawab dalam menjaga dan memelihara keindahan alam sekitar. Program ini diharap dapat menjadi platform berterusan dalam melahirkan belia Rakan Muda yang aktif, bertanggungjawab dan cinta akan bumi, sejajar dengan aspirasi Rakan Muda Rakan Bumi di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
𝗣𝗢𝗥𝗧 𝗗𝗜𝗖𝗞𝗦𝗢𝗡, 𝟮𝟲 𝗢𝗞𝗧𝗢𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟱 - Program Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Daerah Alor Gajah Tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan pada 24 hingga 26 Oktober 2025 bertempat di 𝗣𝗗𝗦 𝗧𝗿𝗮𝗶𝗻𝗶𝗻𝗴 𝗖𝗮𝗺𝗽, 𝗣𝗼𝗿𝘁 𝗗𝗶𝗰𝗸𝘀𝗼𝗻, 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗦𝗲𝗺𝗯𝗶𝗹𝗮𝗻. Program ini telah menghimpunkan seramai 50 orang peserta belia yang berpotensi dan bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembangunan diri serta kepimpinan belia. Penganjuran kem ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan belia berhubung matlamat hidup serta tanggungjawab terhadap diri, keluarga, agama, bangsa dan negara. Selain itu, ia juga berperanan memberi pendedahan kepada para peserta mengenai bahaya dan kesan permasalahan sosial yang semakin membimbangkan dalam kalangan generasi muda masa kini. Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memupuk semangat kepimpinan, kerjasama dan keyakinan diri dalam kalangan peserta. Antara pengisian menarik sepanjang kem ialah latihan kepimpinan, aktiviti kerjasama kumpulan, ceramah dan sesi motivasi yang dikendalikan oleh wakil-wakil agensi kerajaan. Aktiviti-aktiviti tersebut bukan sahaja mencabar ketahanan fizikal dan mental peserta, malah turut mengasah kemahiran komunikasi serta kebolehan mereka bekerja dalam kumpulan. Majlis perasmian penutup program telah disempurnakan oleh 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗦𝗼𝗱𝗶𝗸𝗶𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗔𝗹𝗶, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗙𝗮𝗱𝘇𝗿𝘂𝗹𝗵𝗶𝘀𝗵𝗮𝗺 𝗯𝗶𝗻 𝗕𝗮𝗻𝗶, Pengurus Operasi dan Pemasaran PDS Training Camp Sdn. Bhd. Secara keseluruhannya, Program Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Daerah Alor Gajah Tahun 2025 telah mencapai objektif penganjurannya. Para peserta menunjukkan disiplin, komitmen serta semangat kerjasama yang tinggi sepanjang program berlangsung. Melalui penganjuran program seumpama ini, diharapkan golongan belia akan terus diberi peluang untuk menimba pengalaman, memperkukuh jati diri dan menjadi ejen perubahan yang positif dalam masyarakat serta negara.
𝗔𝗟𝗢𝗥 𝗚𝗔𝗝𝗔𝗛, 𝟮𝟰 𝗢𝗞𝗧𝗢𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟱 – Program Rakan Muda Rakan Muzik : Rentak Seni Peringkat Daerah Alor Gajah Tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya melibatkan tiga siri penganjuran pada 22, 23 dan 24 Oktober 2025 bertempat di 𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗟𝘂𝗺𝗽𝘂𝗿 – 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗜𝗻𝘀𝘁𝗶𝘁𝘂𝘁𝗲 𝗼𝗳 𝗖𝗵𝗲𝗺𝗶𝗰𝗮𝗹 𝗮𝗻𝗱 𝗕𝗶𝗼𝗲𝗻𝗴𝗶𝗻𝗲𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴 𝗧𝗲𝗰𝗵𝗻𝗼𝗹𝗼𝗴𝘆 (𝗨𝗻𝗶𝗞𝗟-𝗠𝗜𝗖𝗘𝗧), 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮. Program ini telah disertai seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada golongan belia daerah Alor Gajah. Ia merupakan anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Alor Gajah, Universiti Kuala Lumpur – MICET, Melaka, serta Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Padang Sebang, Melaka. Penganjuran program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada golongan belia dalam bidang seni muzik dan persembahan, disamping memupuk semangat kreativiti, kerjasama berpasukan dan minat mendalam terhadap bidang kesenian. Peserta turut diberi bimbingan oleh jurulatih berpengalaman, 𝗦𝗮𝘂𝗱𝗮𝗿𝗮 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱 𝗕𝗶𝘀𝗺𝗶 𝗯𝗶𝗻 𝗜𝗯𝗿𝗮𝗵𝗶𝗺 daripada 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗞𝘂𝗺𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗿𝗶 𝗧𝗿𝗶𝘀𝘄𝗮𝗿𝗮 𝗦𝗲𝗻𝗶 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮 yang berkongsi ilmu serta teknik asas dalam penghasilan persembahan seni muzik dan tari. Majlis Perasmian Penutup Program telah diadakan pada 24 Oktober 2025, dan telah disempurnakan oleh 𝗬𝗕𝗿𝘀. 𝗗𝗿. 𝗙𝗮𝗵𝗺𝗶 𝗔𝘀𝘆𝗮𝗱𝗶 𝗯𝗶𝗻 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗬𝘂𝘀𝗼𝗳, Timbalan Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UniKL-MICET. Turut hadir sama 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗦𝗼𝗱𝗶𝗸𝗶𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗔𝗹𝗶, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah, serta 𝗦𝗮𝘂𝗱𝗮𝗿𝗮 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗛𝗮𝗶𝗿𝗶 𝗯𝗶𝗻 𝗦𝘂𝗯𝗯𝗮𝗵𝗮𝗿, Naib Ketua Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Padang Sebang, Melaka. Program ini diharap dapat menjadi platform kepada golongan belia untuk mengembangkan potensi dalam bidang seni muzik serta memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi kerajaan, institusi pendidikan dan pertubuhan belia tempatan.
Melaka, 25 Oktober 2025 - Telah berlangsung majlis penyerahan honorarium Program Latihan Pusat Kontinjen Para SUKMA Melaka kepada Pasukan Para Ping Pong Negeri Melaka, melibatkan seramai 10 orang atlet para serta 2 orang pengurus dan jurulatih bertempat di PingPort Center, Melaka. Seterusnya penyerahan honorarium kepada Pasukan Para Memanah Negeri Melaka melibatkan 1 orang atlet para dan 1 orang pengurus turut diadakan bertempat di Padang Memanah Jebat, Melaka. Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan Negeri Melaka melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka bagi menghargai komitmen dan semangat juang atlet para negeri Melaka dalam persiapan menghadapi temasya Para SUKMA 2026. Semoga suntikan semangat dan penghargaan ini menjadi pemangkin kepada kejayaan cemerlang kontinjen para Melaka di pentas kebangsaan.
AYER KEROH, 24 Oktober 2025 - Mesyuarat Jawatankuasa Aktiviti Kembara Jumpa Orang Muda (KJOM) Peringkat Zon Selatan 2025 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat JBS Melaka. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Muhammad Abdul Hafidz Bin Mohd Amin, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. . KJOM Zon Selatan 2025 bakal berlangsung 7 hingga 9 November 2025 ini di Bukit Katil, Melaka.
AYER KEROH, Melaka 24 Oktober 2025 - Telah berlangsung majlis penyerahan honorarium Program Latihan Pusat Kontinjen Para SUKMA Melaka kepada Pasukan Para Tenpin Boling Negeri Melaka, melibatkan seramai 10 orang atlet para serta 3 orang pengurus dan jurulatih. Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan Negeri Melaka melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka bagi menghargai komitmen dan semangat juang atlet para negeri Melaka dalam persiapan menghadapi temasya Para SUKMA 2026. Semoga suntikan semangat dan penghargaan ini menjadi pemangkin kepada kejayaan cemerlang kontinjen para Melaka di pentas kebangsaan.
ALOR GAJAH, 19 Oktober 2025 – Program International Tour De Historical Malacca 2025 telah berlangsung dengan meriah di Freeport A’Famosa Outlet, Alor Gajah. Pelepasan kayuhan ini telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka (JBSNM), Encik Zailani Siran, bersama Encik Sodikin Ali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah, serta ASP Mohamad Yassar Ishak, wakil Ketua Polis Daerah Alor Gajah. Terdahulu satu sesi serahan cek cura Geran Padanan Sukan bernilai RM55,000.00 telah disampaikan oleh Pengarah JBSNM kepada Encik Fadil Saidin, Pengerusi Kelab Sukan Rekreasi Kembara selaku penganjur.