WANITA MELAKA TAWAN GUNUNG BELUMUT

KLUANG, 8 Mei 2026- Seramai 25 orang peserta wanita berjaya menawan denai penuh cabaran dalam program WOMEN’S TRAIL HIKING NEGERI MELAKA 2026. Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dengan kerjasama MyFitJoy Aerobics Club ini telah berlangsung pada 7 hingga 8 Mei 2026 dengan penuh mencabar di Sungai Yong, Gunung Belumut, Johor.

Ekspedisi penuh semangat ini bertujuan untuk menguji ketahanan fizikal, mental serta memupuk gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan wanita.

Turut hadir menyerikan program ini Encik Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang berjaya menamatkan cabaran dengan penuh semangat dan keberanian!

  “Wanita Aktif, Komuniti Sihat, Melaka Hebat!”  

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search