11 CALON SERLAHKAN POTENSI DI PENTAS APBN MELAKA 2026 SIRI 2

AYER KEROH, 10 Mei 2026 – Sesi Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2026 Negeri Melaka Siri 2 telah berlangsung dengan penuh semangat di Pusat Hub Belia, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka.

Seramai 11 orang calon bagi Kategori Individu Lelaki dan Wanita tampil dengan pembentangan yang mantap dan berkeyakinan di hadapan tiga orang panel penilai. Setiap peserta mengetengahkan idea bernas, pengalaman kepimpinan serta inisiatif yang memberi impak kepada pembangunan belia.

Suasana sesi penilaian berlangsung kompetitif namun profesional, memperlihatkan kesungguhan para peserta dalam merebut peluang untuk diiktiraf sebagai belia cemerlang di peringkat negeri.

Program ini bukan sahaja menjadi medan penilaian, malah platform penting dalam mencungkil bakat kepimpinan belia yang berpotensi untuk terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negeri Melaka.

"Belia Melaka Terus Cemerlang!"

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search