10 CALON TAMPILKAN AKSI TERBAIK DI PENTAS APBN MELAKA 2026

AYER KEROH, 9 Mei 2026 – Sesi Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2026 Negeri Melaka Siri 1 telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Hub Belia, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka.

Seramai 10 orang calon bagi Kategori Individu Lelaki dan Wanita tampil penuh yakin menyampaikan pembentangan masing-masing di hadapan tiga orang panel penilai. Setiap peserta mempamerkan keupayaan kepimpinan, idea kreatif serta komitmen tinggi dalam memperkasa pembangunan belia di negeri ini.

Sesi penilaian berlangsung dalam suasana profesional dan kompetitif, sekali gus mencerminkan kualiti tinggi barisan belia yang berpotensi menjadi pemimpin masa hadapan. Program ini turut menjadi platform penting dalam mengiktiraf sumbangan dan kecemerlangan belia di peringkat negeri.

Diharapkan semua calon terus berusaha dan mengekalkan momentum kecemerlangan dalam mengharumkan nama Negeri Melaka di pentas yang lebih tinggi.

Sesi Penilaian APBN 2026 Negeri Melaka berlangsung selama 2 hari, 9 dan 10 Mei 2026 melibatkan 21 orang calon Kategori Individu.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search