- JBS Melaka
- Hits: 5
PROJEK NAIK TARAF KANDANG LEMBU DAPAT PERHATIAN AGENSI TERLIBAT
- JBS Melaka
- Hits: 5
JASIN, 12 Mei 2026 – Sesi Lawatan Tapak bagi Permohonan Program Sejahtera Komuniti (SeJaTi) MADANI bagi Daerah Jasin untuk DUN Merlimau telah diadakan bertempat di Kg Solok Kilang Berapi melibatkan projek naik taraf kandang lembu.
Lawatan ini melibatkan kerjasama beberapa agensi antaranya Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Veterinar, Majlis Perbandaran Jasin serta wakil daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin.
Gerakan Belia 4B Malaysia Cawangan Solok Kilang Berapi merupakan pertubuhan belia yang bertanggungjawab atas pelaksanaan projek naik tarif tersebut. Inisiatif ini diharap dapat menjadi nilai tambah serta peluang menjana ekonomi pertubuhan serta ahli-ahlinya.
Lawatan tapak ini bertujuan menilai keperluan serta kesesuaian projek naik taraf kandang lembu yang dicadangkan di bawah inisiatif Program Sejahtera Komuniti (SeJaTi) MADANI demi meningkatkan kemudahan serta memberi manfaat kepada komuniti setempat.
