- JBS Melaka
- Hits: 7
SUMBANGAN BERNILAI, PANEL PENILAI PERKASA PENILAIAN APBN MELAKA 2026
- JBS Melaka
- Hits: 7
AYER KEROH, 10 Mei 2026 – Tirai Sesi Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2026 Negeri Melaka akhirnya dilabuhkan selepas berlangsung selama dua hari penuh dengan semangat, idea dan inspirasi di Pusat Hub Belia, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Seramai 21 orang calon Kategori Individu Lelaki dan Wanita telah tampil mempersembahkan keupayaan, pencapaian serta potensi diri masing-masing di hadapan barisan panel penilai yang berpengalaman.
Antara panel yang diberi kepercayaan untuk menilai calon-calon ialah:
• Encik Roslan bin Hussin – Mantan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka
• Puan Siti Salbiah binti Ahmad Syariff – Pensyarah Kanan, Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Melaka
• Encik Shahrom bin Mohd – Mantan Exco Majlis Gabungan Belia Negeri Melaka
Sebagai tanda penghargaan, cenderahati kenang-kenangan telah disampaikan oleh Encik Muzaizi Mohammad, Pengurus Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka kepada barisan panel yang telah menyumbang bakti dalam menjayakan sesi penilaian ini.
Semoga usaha ini terus menyemarakkan pembangunan belia berkualiti dan melahirkan pemimpin masa depan yang berwibawa di Negeri Melaka!
