- JBS Melaka
- Hits: 10
LAWATAN TAPAK SEMARAK BELIA @ HARI BELIA NEGARA PERINGKAT DAERAH MELAKA TENGAH 2026
- JBS Melaka
- Hits: 10
TANGGA BATU, 7 Mei 2026 — Satu lawatan tapak bagi persiapan Program Semarak Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Daerah Melaka Tengah Tahun 2026 telah diadakan di SMK Seri Tanjong, Melaka, baru-baru ini.
Lawatan tersebut telah dihadiri oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah bersama Pengerusi dan barisan kepimpinan Majlis Gabungan Belia Daerah (MGBD) Melaka Tengah bagi menilai kesesuaian lokasi program dari aspek kemudahan, kapasiti ruang, keselamatan dan keperluan logistik.
Lawatan ini turut bertujuan memastikan setiap perancangan dan penyelarasan program dapat dilaksanakan dengan lebih teratur serta berjalan lancar menjelang hari pelaksanaan program nanti.
Diharapkan melalui lawatan tapak ini, segala persiapan dapat diperkemaskan dengan sebaiknya agar penganjuran program nanti berlangsung dengan lancar, meriah serta memberi impak positif kepada golongan belia di daerah Melaka Tengah.
