BATU BERENDAM, Melaka 12 Oktober 2025 - Hari Sukan Negara 2025 disemarakkan lagi dengan penganjuran Kejohanan Futsal Piala YB Adam Adli bertempat di Kompleks Sukan Batu Berendam. Kejohanan ini diserikan dengan kehadiran YB Adam Adli Timbalan Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya. Hadir sama YBrs Encik Zailani bin Siran Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.ย
MERLIMAU, 11 Oktober 2025 โ Dataran Orang Kampung, Merlimau hari ini menjadi tumpuan ribuan warga Melaka yang hadir bagi memeriahkan Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Melaka 2025, yang diraikan penuh semangat kesukanan dan warna-warni. . Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk VP Shanmugam, Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Melaka mewakili Ketua Menteri Melaka. Beliau menyeru seluruh rakyat untuk menjadikan amalan bersukan sebagai gaya hidup sihat dan budaya masyarakat negeri ini. . Beliau dalam ucapannya menegaskan bahawa penganjuran HSN bukan sekadar acara tahunan, tetapi platform untuk menyemarakkan semangat kesukanan, perpaduan dan kesejahteraan komuniti. . Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang program seperti Larian Madanj, Aerobikthon, Pameran Agensi Kerajaan, Cabutan Bertuah, Konda Kondi, serta aktiviti sukan tradisional yang mencuit nostalgia masyarakat. Kehadiran pengunjung yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur menjadikan suasana meriah bagaikan pesta rakyat. . Penganjuran tahun ini turut mendapat kerjasama erat daripada pelbagai agensi termasuk Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Pejabat Daerah dan Tanah Jasin; Majlis Perbandaran Jasin, Japerun Merlimau, Politeknik Merlimau dan komuniti setempat, menjadikan sambutan HSN Melaka 2025 meriah dan pelbagai aktiviti. Sambutan Hari Sukan Negara diadakan serentak di seluruh negara pada minggu kedua Oktober setiap tahun, sebagai usaha berterusan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia untuk memperkukuh budaya bersukan dan memupuk gaya hidup aktif dalam kalangan rakyat Malaysia. . Turut hadir Datuk Hj. Mustafa Bin Musa, Senator Dewan Negara; Datuk Rahizi Bin Ranom, Pegawai Daerah Jasin; Encik Muhammad Zahiruddin Bin Mohd Zahari, Setiausaha Majlis Perbandaran Jasin; Encik Zailani Bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka; Encik Razali Bin Khamis, Ketua Unit Integriti Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia; Pengerusi dan wakil persatuan sukan peringkat Negeri Melaka.
๐ ๐๐ฆ๐๐๐ ๐ง๐๐ก๐๐, ๐ญ๐ญ ๐ข๐๐ง๐ข๐๐๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ - Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Daerah Alor Gajah Tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di ๐ฃ๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ป๐ด ๐๐๐ฎ๐บ ๐ง๐ฎ๐บ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐๐๐ธ ๐ฆ๐ฒ๐๐ถ๐ฎ, ๐ฅ๐ฎ๐บ๐๐ฎ๐ป ๐๐ต๐ถ๐ป๐ฎ ๐๐ฒ๐๐ฎ๐ฟ, ๐ ๐ฎ๐๐ท๐ถ๐ฑ ๐ง๐ฎ๐ป๐ฎ๐ต, ๐ ๐ฒ๐น๐ฎ๐ธ๐ฎ. Program ini telah dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah dengan kerjasama JAPERUN Ayer Limau selaras dengan hasrat Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bagi menyemarakkan sambutan Hari Sukan Negara di seluruh negara. Penganjuran Hari Sukan Negara ini bertujuan untuk meningkatkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan dan gaya hidup sihat melalui pelbagai acara sukan yang mudah disertai oleh semua lapisan masyarakat. Selain itu, program ini juga berperanan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat perpaduan komuniti setempat melalui penglibatan bersama dalam aktiviti sukan yang menyeronokkan serta berunsur kekeluargaan. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program ini antaranya ialah Fun Run 5KM, Fun Walk 3KM, Bola Jaring 3 on 3, Pertandingan Dam Aji, Explorace, Fun Futsal, Fun Netball, Jaringan Bola Jaring, Pertandingan Konda Kondi, Fun Shoot (Memanah), Sepak Penalti, Street Soccer, Pertandingan Tarik Tali dan Jualan Rahmah MADANI. Kesemua aktiviti ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat. Majlis perasmian dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh ๐ฌ๐. ๐๐ฎ๐๐๐ธ ๐๐ฎ๐บ๐ฒ๐ฒ๐ฑ ๐ฏ๐ถ๐ป ๐ ๐๐๐ต๐ฒ๐ฒ๐ป ๐๐๐ป๐ท๐ ๐๐ฎ๐๐ต๐ฒ๐ฒ๐ฟ, EXCO Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Negeri Melaka merangkap ADUN Ayer Limau. Kehadiran ๐ฌ๐. ๐๐ฎ๐๐๐ธ ๐ฅ๐ผ๐๐น๐ถ ๐ฏ๐ถ๐ป ๐๐ฏ๐ฑ๐๐น๐น๐ฎ๐ต, selaku Timbalan EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka merangkap ADUN Kuala Linggi; ๐ฌ๐๐ต๐ด. ๐๐ฎ๐๐๐ธ ๐ฆ๐ฎ๐ฏ๐ฟ๐ถ๐ป๐ฎ ๐ฏ๐ถ๐ป๐๐ถ ๐ง๐ต๐ฎ๐น๐ฎ๐, Pegawai Daerah Alor Gajah dan ๐๐ป๐ฐ๐ถ๐ธ ๐ฆ๐ผ๐ฑ๐ถ๐ธ๐ถ๐ป ๐ฏ๐ถ๐ป ๐๐น๐ถ, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah, turut sama menyerikan sambutan program tersebut serta menunjukkan sokongan terhadap pembangunan sukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat setempat. Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Ia bukan sahaja berjaya menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan, malah turut memperkukuh semangat perpaduan dan kerjasama antara komuniti setempat.
IPOH, Perak 11 Oktober 2025 - Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Encik Mohd Norafif bin Mohd Amin atas kejayaan beliau memenangi Anugerah Sukan Untuk Semua (Kategori Lelaki). . Anugerah ini telah disampaikan oleh YAB Datoโ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia sempena Majlis Perasmian Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan 2025 yang berlangsung meriah di Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak. . Anugerah ini merupakan satu inisiatif berprestij bagi mengiktiraf sumbangan individu dan organisasi dalam memupuk budaya sukan di peringkat akar umbi selari dengan usaha membentuk masyarakat yang sihat, aktif dan progresif. . Syabas dan tahniah sekali lagi kepada wakil Melaka yang telah mengharumkan nama negeri di peringkat kebangsaan.
MERLIMAU, 9 Oktober 2025 โ Sempena penganjuran Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Melaka 2025, satu Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat telah diadakan di Masjid Asy Syujaโah, Merlimau pada malam ini. . Majlis yang bermula pada jam 7.00 malam itu bertujuan memohon keberkatan serta kelancaran penganjuran HSN Melaka 2025 yang bakal berlangsung pada 11 Oktober 2025 (Sabtu) di Dataran Orang Kampung, Merlimau. . Turut hadir mengimarahkan majlis ialah Encik Zailani Bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, yang menyatakan rasa syukur atas sambutan positif masyarakat setempat terhadap program berteraskan kesukanan dan perpaduan itu. . Kerjasama Japerun Merlimau, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin, Jawatankuasa Masjid Asy Syuja'ah dan JPKK Merlimau Utara bagi memastikan majlis ini berjalan lancar. . Program ini merupakan antara pengisian awal menjelang kemuncak Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Melaka 2025, yang dijadualkan dirasmikan pada Sabtu ini dengan pelbagai aktiviti riadah, pertandingan sukan, dan pameran menarik untuk seisi keluarga.
MELAKA, 9 Oktober 2025 โ Suasana menuju Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Melaka 2025 semakin hangat apabila MELAKAfm tampil sebagai rakan strategik utama promosi bersama Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Melaka, melalui segmen popular Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR). . Kali ini, siaran podcast eksklusif yang dikendalikan oleh DJ Melati menampilkan dua figura utama sukan negeri โ YB Datuk VP Shanmugam, EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Melaka; serta Encik Zailani Bin Siran, Pengarah JBS Negeri Melaka โ bagi berkongsi sorotan istimewa dan pengisian menarik sempena HSN Melaka 2025. . Dalam sesi santai tapi sarat maklumat itu, YB Datuk VP Shanmugam menyeru seluruh rakyat Melaka, khususnya warga Merlimau, untuk turun beramai-ramai memeriahkan sambutan HSN Melaka 2025 pada 11 Oktober 2025 (Sabtu) di Dataran Orang Kampung, Merlimau. . Beliau turut menegaskan bahawa HSN bukan sekadar program tahunan, tetapi gerakan nasional yang mengajak rakyat membudayakan gaya hidup sihat, cergas dan harmoni โ seiring semangat Malaysia Aktif, Malaysia Madani. . Menariknya, penggunaan platform podcast sebagai medium promosi digital menjadikan pendekatan tahun ini lebih segar, interaktif dan dekat di hati belia, sekaligus memperkukuh usaha JBS Melaka dalam menyampaikan mesej positif sukan kepada semua lapisan masyarakat.
JASIN, 8 Oktober 2025 โ Inisiatif promosi Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Melaka 2025 diteruskan dengan pendekatan segar apabila Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Melaka tampil dalam segmen Info@Netizen Hitz Jasin hari ini. . Menariknya, segmen podcast yang dikendalikan oleh DJ Ubai itu menampilkan Encik Zailani Bin Siran, Pengarah JBS Negeri Melaka, sebagai tetamu jemputan khas bagi berkongsi maklumat terkini dan keunikan program HSN Melaka tahun ini. . Dalam sesi santai namun penuh informasi itu, Encik Zailani menjemput seluruh rakyat negeri Melaka khususnya warga Merlimau untuk hadir memeriahkan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Melaka 2025 yang akan berlangsung pada 11 Oktober 2025 (Sabtu) di Dataran Orang Kampung, Merlimau. . Beliau turut menekankan bahawa penganjuran HSN bukan sekadar acara tahunan, tetapi satu gerakan nasional bagi menyemarakkan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan dan kecergasan dalam komuniti. . Podcast ini turut menjadi platform efektif bagi menyebarkan maklumat secara lebih santai dan dekat dengan masyarakat, selaras dengan pendekatan promosi digital yang lebih interaktif dan mesra belia.
JASIN, 8 Oktober 2025 - Kunjung hormat Encik Zailani Bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka ke Majlis Perbandaran Jasin bertemu Setiausaha Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), YBrs. Encik Muhammad Zahiruddin bin Mohd Zahari sempena Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Melaka 2025 yang berlangsung 11 Oktober 2025 ini di Dataran Orang Kampung, Merlimau. . Sesi penyerahan baju Hari Sukan Negara turut diadakan sebagai simbolik Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Melaka 2025.
AYER KEROH, 7 Oktober 2025 - Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Induk Hari Sukan Negara (HSN2025) Peringkat Negeri Melaka di Bilik Mesyuarat JBS Melaka. Mesyuarat dipengerusikan Encik Zailani Bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.ย Hari Sukan Negeri Peringkat Negeri Melaka 2025 akan berlangsung 11 Oktober 2025 ini di Dataran Orang Kampung, Merlimau. Ayuh! ย