MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI MELAKA BILANGAN 2 TAHUN 2026

JASIN, 21 April 2026 - Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka Bilangan 2 Tahun 2026 telah diadakan di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin, Melaka.

Pada majlis tersebut, Pengarah JBSN Melaka iaitu YBrs. Tuan Zailani bin Siran telah menyampaikan amanat berkaitan tadbir urus organisasi.

Satu taklimat ringkas berkaitan Program Kebajikan Skim Kesihatan dan Simpanan Berkelompok telah disampaikan oleh Wakil Cuepacs iaitu Encik Premkumar a/l Nadrasan.

Selain itu juga telah diadakan Bengkel Penggunaan Mesin Automated External Defibrillator (AED) oleh Pegawai Operasi St. John Ambulans Malaysia.

Majlis turut diserikan dengan Penyampaian Sijil Anugerah Pekerja Terbaik bagi bulan Januari, Februari dan Mac 2026.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search