- JBS Melaka
- Hits: 28
MESYUARAT PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN MAJLIS GABUNGAN BELIA DAERAH MELAKA TENGAH KALI KE-51
- JBS Melaka
- Hits: 28
AYER KEROH, 22 April 2026 – Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Gabungan Belia Daerah Melaka Tengah Kali Ke-51 telah berlangsung dengan jayanya di Auditorium Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hj. Shadan Bin Hj. Othman, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah. Turut hadir En. Wan Mohd Jefri Bin Wan Hussin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah.
PBSD Melaka Tengah merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada barisan kepimpinan Majlis Gabungan Belia Daerah Melaka Tengah atas komitmen berterusan dalam memperkukuh gerakan belia di peringkat daerah. Mesyuarat agung seperti ini bukan sahaja memenuhi keperluan perlembagaan pertubuhan, malah menjadi platform penting untuk menilai pencapaian, merancang hala tuju serta memperkasakan peranan belia dalam pembangunan komuniti.
