MAJLIS PERASMIAN PROGRAM RAKAN BUMI : PROJEK PLANET RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI MELAKA 2026

Merlimau, 22 April 2026 – Majlis Perasmian Program Rakan Bumi: Projek Rakan Muda Peringkat Negeri Melaka 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Politeknik Merlimau, Melaka. Program ini merupakan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dengan kerjasama Politeknik Merlimau Melaka.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Datuk Mohd Noor Helmy bin Abdul Halem, Timbalan EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Negeri Melaka. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan peranan belia dalam membina ekosistem lestari yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara secara holistik, selari dengan aspirasi kemajuan teknologi dan kelestarian alam sekitar.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Encik Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka serta Encik Lt. Kol. Norizam bin Sekak, Pengarah Politeknik Merlimau Melaka. Penganjuran program seumpama ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada pembentukan ekosistem belia yang lebih inklusif dan mampan di negeri Melaka.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search