- JBS Melaka
- Hits: 20
FORUM MEMBINA EKOSISTEM BELIA LESTARI SEMPENA RAKAN BUMI : PROJEK PLANET RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI MELAKA
- JBS Melaka
- Hits: 20
Merlimau, 22 April 2026 – Forum Membina Ekosistem Belia Lestari sempena Rakan Bumi: Projek Planet Rakan Muda Peringkat Negeri Melaka 2026 sedang berlangsung dengan jayanya di Dewan Titanium, Politeknik Merlimau Melaka.
Program ini menghimpunkan barisan panel berpengalaman terdiri daripada YBrs. Lt. Kol. Norizam bin Sekak, Pengarah Politeknik Merlimau Melaka; Encik Nik Muhammad Ihsan bin Azhar, Ketua Bahagian Pembangunan Hijau; serta Athifah Mardhiah binti Khairul Anuar sebagai wakil belia Melaka. Sesi forum ini turut dikendalikan oleh Encik Amir bin Awang @ Muda, Ketua Unit Sukan dan Kokurikulum Politeknik Merlimau Melaka selaku moderator.
Perbincangan yang berlangsung memberi penekanan terhadap peranan golongan belia dalam memacu pembangunan lestari serta meningkatkan kesedaran berkaitan pemeliharaan alam sekitar. Forum ini juga dilihat sebagai platform strategik dalam melahirkan generasi muda yang lebih cakna dan bertanggungjawab terhadap kelestarian masa depan.
