- JBS Melaka
- Hits: 6
LAWATAN PENANDA ARAS CADANGAN MENAIK TARAF RANGKAIAN INTERNET DAN PEMASANGAN CCTV DI PREMIS KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN NEGERI MELAKA
- JBS Melaka
- Hits: 6
AYER KEROH, 22 April 2026 – Telah berlangsung Lawatan Penanda Aras Cadangan Menaik Taraf Rangkaian Internet Dan Pemasangan CCTV di Premis Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Melaka. Ini adalah inisiatif utama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi memperkasakan fasiliti sukan di Negeri Melaka amnya.
Objektif lawatan ini adalah bertujuan untuk menyokong transformasi digital perkhidmatan awam sambil memperkukuh keselamatan fizikal dan siber aset fasiliti di Kementerian Belia dan Sukan. Langkah ini memastikan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat adalah lebih pantas, telus, dan selamat.
Sesi Lawatan telah dihadiri oleh Encik Alsidi bin Mohamad, Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), wakil Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), Puan Wan Azira binti Abd Aziz, Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) dan Encik Mohamad Hanafi bin Mohd Nordin dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) Negeri Melaka. Turut hadir Pengurus KOMBES, Encik Muzaizi bin Mohammad dan Encik Mohd Ariff bin Mohamad Arifin, Unit Pembangunan JBSN Melaka.
