MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI MELAKA BILANGAN 2 TAHUN 2026

JASIN, 21 April 2026 – Majlis telah dihadiri hampir 50 orang pegawai dan kakitangan dari seluruh Negeri Melaka.
Beberapa amanat telah disampaikan oleh Yang Berusaha Tuan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Encik Zailani Siran antaranya:

- Legasi Perkhidmatan – Warga kerja diingatkan agar tidak terlalu selesa di sesuatu tempat memandangkan pergerakan pegawai akan sentiasa berlaku. Setiap tugasan dan amanah hendaklah dilaksanakan dengan sebaiknya di samping menerapkan sense of urgency dalam menyegerakan tindakan.

- Pengurusan Masa – Warga kerja disaran untuk menyeimbangkan antara komitmen tugasan dan kehidupan keluarga bagi memastikan kesejahteraan diri serta prestasi kerja yang konsisten.

- Penghargaan – Ucapan terima kasih dan tahniah diberikan kepada semua pegawai dan kakitangan pelbagai gred atas pelaksanaan tugas yang baik, cemerlang serta penuh amanah.

- Peningkatan Diri & Hubungan Kerja – Warga kerja digalakkan untuk terus memperbaiki diri serta memperkukuh hubungan kerja agar lebih akrab dan harmoni dalam organisasi.

Ucapan terima kasih turut dirakamkan kepada barisan urusetia daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin selaku tuan rumah bagi perhimpunan kali ini.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search