SESI SEMAKAN AWAL PROFIL PERTUBUHAN BELIA YANG MENYERTAI ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA (APBN) BAGI MEWAKILI PERTUBUHAN DI DAERAH MELAKA TENGAH

Melaka, 24 April 2026 – Telah berlangsung sesi semakan awal profil pertubuhan belia yang menyertai Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) bagi mewakili pertubuhan di Daerah Melaka Tengah. Sesi semakan ini diadakan sebagai langkah persediaan awal bagi memastikan setiap pertubuhan menyediakan dokumentasi yang lengkap, tersusun serta memenuhi kriteria penilaian yang telah ditetapkan. Ia turut memberi penekanan kepada aspek pengurusan organisasi, pelaksanaan program, pengurusan rekod dokumen dan pencapaian serta impak kepada komuniti setempat.

Sepanjang sesi berlangsung, peserta turut diberikan bimbingan dan panduan bagi memperkemas penyediaan profil masing-masing agar lebih berkualiti dan menepati standard yang diperlukan di peringkat seterusnya. Diharapkan dengan usaha ini, sedikit sebanyak dapat membantu pertubuhan menghasilkan profail yang berkualiti dan memenuhi kriteria penilaian.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search