- JBS Melaka
- Hits: 22
BENGKEL PENGGUNAAN MESIN AED TINGKAT KESEDARAN KESELAMATAN AWAM
- JBS Melaka
- Hits: 22
Jasin, 21 April 2026 – Telah berlangsung bengkel penggunaan mesin Automated External Defibrillator (AED) di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin yang dihadiri oleh kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Taklimat Bengkel ini telah disampaikan oleh Encik Muhammad Fuad Bin Rosman, Pegawai Operasi ST John Ambulans Melaka.
Bengkel ini memberi penekanan kepada langkah awal menghadapi kecemasan DRSABCD, iaitu Danger (pastikan kawasan selamat), Response (periksa tindak balas mangsa), Send for help (hubungi bantuan kecemasan), Airway (pastikan saluran pernafasan terbuka), Breathing (periksa pernafasan), CPR (lakukan bantuan pernafasan dan tekanan dada), dan Defibrillation (gunakan AED).
Selain itu, peserta turut didedahkan dengan latihan praktikal cara penggunaan AED yang betul serta kepentingannya dalam meningkatkan peluang menyelamatkan mangsa serangan jantung sebelum bantuan perubatan tiba.
Program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan kakitangan dalam menghadapi situasi kecemasan.
