PERBINCANGAN PELAKSANAAN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM)

BUKIT RAMBAI, 07 MEI 2026 – Perbincangan pelaksanaan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) telah diadakan oleh Puan Sharifah binti Ismail bersama Ustaz Wan Manazil bin Wan Harun, PK Kokurikulum SMK Bukit Rambai.

ARPRM merupakan sebuah Program Anugerah Bertaraf Antarabangsa yang diadaptasi dari program Anugerah The Duke Of Edinburgh’s yang melibatkan penyertaan belia yang berumur 14 - 24 tahun termasuk belia-belia yang berada di Institusi Pengajian Tinggi dan Juga Pelajar Sekolah.

Program ini mempunyai 3 tahap pencapaian iaitu Tahap Emas, Tahap Perak dan Tahap Gangsa melibatkan 4 komponen yang harus dilengkapkan iaitu Komponen Kemahiran, Komponen Penjelajahan Lasak, Komponen Rekreasi Fizikal dan Komponen Khidmat Masyarakat serta tambahan bagi Tahap Emas iaitu Projek Penempatan.

Semoga semakin ramai anak muda mengambil peluang menyertai program yang amat memberi manfaat ini.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search