PROGRAM BELIA 2026 SASAR SEMUA KUMPULAN BELIA

AYER KEROH, 27 April 2026 – Komitmen memperkasa golongan muda terus diperkukuh apabila Mesyuarat Taklimat Pelaksanaan Program Bahagian Pembangunan Belia Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Melaka bagi tahun 2026 berjaya dilaksanakan di Bilik Mesyuarat JBS Melaka, hari ini.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Encik Muhammad Abdul Hafidz Mohd Amin, Timbalan Pengarah JBS Negeri Melaka, yang menekankan kepentingan pelaksanaan program belia secara inklusif dan menyeluruh.

Pelbagai inisiatif berimpak tinggi bakal dilaksanakan sepanjang tahun 2026, antaranya Hari Belia Negara, Anugerah Perdana Belia Negara, Agro Belia, Young Heroes, Semarak Belia, Belia Bestari (B-Best), Belia Bebas Hutang serta Intervensi Belia Tidak Berpersatuan. Program-program ini dirangka bagi membina jati diri, meningkatkan kemahiran serta memperkasa potensi belia ke tahap lebih tinggi.

Menariknya, pelaksanaan program ini memberi tumpuan kepada pelbagai segmen belia merangkumi belia berisiko, belia bersekolah, belia institusi pengajian tinggi, belia bekerjaya, pertubuhan belia, belia massa, belia Malaysia di peringkat antarabangsa serta belia minoriti dan golongan terpinggir.

Pendekatan holistik ini mencerminkan usaha berterusan JBS Melaka dalam memastikan tiada golongan belia tercicir daripada arus pembangunan, sekali gus melahirkan generasi muda yang berdaya saing, berwawasan dan bersedia memacu masa depan negara.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search