PROGRAM REJUVENASI EKOSISTEM BAKAU SEMPENA RAKAN BUMI : PROJEK PLANET RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI MELAKA BAGI TAHUN 2026

Sebatu, 25 April 2026 – Suasana penuh semangat dan komitmen terhadap kelestarian alam sekitar jelas terserlah menerusi penganjuran Program Rejuvenasi Ekosistem Bakau sempena Rakan Bumi : Projek Planet Rakan Muda Peringkat Negeri Melaka 2026 yang telah berlangsung dengan jayanya di Hutan Simpan Sebatu, Merlimau.

Program yang menghimpunkan penyertaan aktif golongan belia ini bertujuan memperkukuh usaha pemuliharaan hutan bakau di samping menyemai kesedaran terhadap kepentingan menjaga keseimbangan ekosistem semula jadi. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Ts. Zan Aizuwan bin Zainal Abidin, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) Politeknik Merlimau Melaka. Turut hadir ialah Encik Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka serta YDH DSP Nor Azlinda binti Hj Nordin, Timbalan Ketua Polis Daerah Jasin, yang bersama-sama menyokong inisiatif pemerkasaan belia dalam agenda kelestarian.

Penganjuran program ini bukan sahaja memberi pendedahan secara langsung kepada peserta mengenai kepentingan ekosistem bakau, malah menjadi platform terbaik dalam membentuk generasi belia yang lebih cakna, bertanggungjawab dan proaktif terhadap pemeliharaan alam sekitar.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search