14 CALON APBN KATEGORI INDIVIDU MEWAKILI DAERAH MELAKA TENGAH DI ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA 2026 PERINGKAT NEGERI MELAKA

AYER KEROH, 30 April 2026 – Seramai 14 wakil calon daerah Melaka Tengah bakal berentap dalam Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2026 Peringkat Negeri Melaka. Kesemua wakil yang telah berjaya menghantar borang penyertaan serta profil diri dalam tempoh yang ditetapkan, sekali gus melayakkan mereka ke peringkat seterusnya. Komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan jelas mencerminkan kualiti serta potensi kepimpinan belia di daerah ini.

Tahun ini turut menyaksikan pelaksanaan had umur baharu belia iaitu antara 18 hingga 30 tahun, selaras dengan dasar yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026. Perubahan ini dilihat mampu memberi ruang kepada golongan belia yang lebih muda untuk menyerlah dan mengetengahkan bakat serta sumbangan mereka dalam pembangunan masyarakat.

Diharapkan semua wakil dari daerah Melaka Tengah akan terus bersemangat, mempamerkan prestasi terbaik dan seterusnya mengharumkan nama daerah di pentas negeri. Sokongan padu daripada semua pihak diharapkan mampu menjadi pemangkin kejayaan buat mereka.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search