- JBS Melaka
- Hits: 21
PROGRAM PENGENALAN SUKAN BAHARU FLOORBALL PERINGKAT NEGERI MELAKA 2026
- JBS Melaka
- Hits: 21
Ayer Keroh, 27 April 2026 – Sukan floorball terus mencuri perhatian apabila Program Pengenalan Sukan Baharu Floorball Peringkat Negeri Melaka 2026 berlangsung dengan penuh semangat, menghimpunkan 40 peserta terdiri daripada belia, guru dan pegawai sukan.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh YB Datuk P. Shanmugam a/l V. Pitchay, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Melaka. Turut hadir ialah Encik Mohd Nizam bin Ismail, Pengarah Cawangan Penggalakan dan Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara; Encik Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka; serta Encik Gary Lee Kah Yoon, Setiausaha Persatuan Floorball Malaysia.
Program ini bukan sekadar pengenalan malah menjadi pemangkin kepada perkembangan sukan floorball serta menyemarakkan gaya hidup sihat dan membuka ruang kepada bakat baharu untuk bersinar.
