BENGKEL TRAINING OF TRAINERS (TOT) PROGRAM PEMBANGUNAN ORGANISASI (PPO) ZON SELATAN 2026

MELAKA, 31 Mac 2026 – Seramai 6 orang prgawai daripada Jabaran Belia Dan Sukan Negeri Melaka telah menyertai Bengkel Training of Trainers Program Pembangunan Organisasi (PPO) yang melibatkan Pegawai Belia dan Sukan dari Zon Selatan. Program ini diadakan selama tiga hari bermula 31 Mac hingga 2 April 2026 secara fizikal di Puteri Bay Hotel, Melaka.

Penganjuran bengkel ini bertujuan meningkatkan kompetensi Pegawai Belia dan Sukan yang memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 sebagai fasilitator PPO agar pelaksanaan program dapat dijalankan secara standard, berkesan dan selaras dengan modul yang telah ditetapkan. Bengkel berbentuk kursus dan latihan ini juga bertujuan memastikan fasilitator yang mencukupi bagi menyokong pelaksanaan Program Pembangunan Organisasi (PPO) di seluruh negara.

Program ini diharap dapat melahirkan lebih ramai fasilitator yang berkemahiran dan berkompetensi dalam melaksanakan program pembangunan organisasi belia dengan lebih sistematik dan berkesan.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search