MELAKA, 28 Ogos 2025 - Kontinjen Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka menyertai Sesi Raptai Perarakan dan Perbarisan Hari Kemerdekaan sempana Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka 2025 di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka.
TANGGA BATU, 25 OGOS 2025 (ISNIN) – Seramai 80 orang sukarelawan telah sama-sama hadir bersama masyarakat setempat dalam membantu kerja-kerja pembersihan Tanah Perkuburan Islam, Tangga Batu Kechil, Tangga Batu. Ianya adalah hasil kerjasama Lima Rakan Strategik Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah iaitu Kolej Profesonal MARA Bandar Melaka, JPKK Solok Tangga Batu, Masjid Ibadur Rahman Tangga Batu Kechil, Kelab Rakan Muda Tangga Batu dan Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Solok Tangga Batu. Objektif program ini adalah untuk menggalakkan dan melahirkan sukarelawan dikalangan belia yang berpengetahuan, berkemahiran, prihatin, bertanggungjawab, mempunyai nilai-nilai kesukarelawanan yang tinggi, saling bantu membantu serta peka dengan keadaan sekeliling, memberi pendedahan kepada golongan belia melalui pembelajaran, pengalaman secara hands-on serta menggunakan inisiatif dan kreativiti dalam melaksanakan program/ aktiviti kesukarelawanan di peringkat akar umbi dan komuniti setempat dan membantu mengurangkan masalah kesihatan mental dengan melibatkan belia dengan aktiviti kemasyarakatan yang boleh meningkatkan keyakinan serta kemahiran sosial. Majlis Perasmian Penutup Dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh ENCIK RIDZUAN BIN MOHAMAD RIPIN, Penghulu DUN Pantai Kundor mewakili YB DATUK TUMINAH BINTI KADI @MOHD HASHIM, Timbalan EXCO Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka merangkap ADUN Pantai Kundor. Tururt hadir Puan Nurhanani binti Tarik, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah, Puan Asma’ binti Ahmad Shukri, Kaunselor Kolej Profesional MARA Bandar Melaka, Encik Abdul Rafi Muiz bin Omar, Pengerusi Kelab Rakan Muda Tangga Batu dan Encik Mohamad Bukhairy bin Rabu, Pengerusi Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Solok Tangga Batu. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dan telah memberikan kerjasama yang cukup baik dalam merealisasikan pelaksanaan program ini.
MELAKA, 27 Ogos 2025 - Sesi Libat Urus Program Advokasi Kod Sukan Selamat Peringkat Negeri Melaka dengan kerjasama Kelab Berkanu Pulau Besar telah diadakan yang melibatkan wakil-wakil Agensi Kerajaan, Persatuan Sukan, Persatuan Belia serta Institusi Pengajian Tinggi Awam bertempat di The Shore Shopping Gallery. Seramai 150 orang peserta telah hadir ke sesi libat urus ini yang dikendalikan bersama Polis Diraja Malaysia Negeri Melaka dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah Kanan Sukan ; Encik Mohd Khairol bin Kamis. Turut hadir Presiden Kelab Berkanu Pulau Besar ; Nur Muhammad Azim bin Abd Manap, Wakil Decathlon ; Encik Mohd Safuan bin Rasdi dan Penolong Pengurus Operasi ; The Shore Shopping Gallery. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir menyertai program ini. Semoga program ini dapat memberikan pendedahan dan perkongsian maklumat yang berguna untuk memastikan persekitaran yang selamat dalam industri sukan khususnya di negeri Melaka.
AYER KEROH, 26 Ogos 2025 - Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Projek-projek Pembangunan di bawah seliaan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka Bil 1/2025 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka. Mesyuarat membincangkan peratusan siap kerja setiap syarikat yang dilantik dan lain-lain hal yang berkaitan dengan kerja-kerja naik taraf di jabatan ini. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Khairol bin Kamis Penolong Pengarah Kanan Sukan JBSNMelaka. Hadir sama Encik Mohd Ariff bin Mohamad Arifin, Penolong Jurutera JBSNMelaka dan Puan Rozana binti Amat, Ketua Pembantu Tadbir JBSNMelaka.
AYER KEROH, 27 Ogos 2025 - Mesyuarat Pre Council Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Melaka 2025 sedang berlangsung di Bilik Mesyuarat JBSNM. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Datuk VP Shanmugam A/L V.Pitchay, Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka.
AYER KEROH, 21 OGOS 2025 - Majlis Perundingan Belia Daerah (MPBD) Peringkat Melaka Tengah 2025 yang dipengerusikan oleh YBhg. Tuan Mohd Shaiful Hizam Bin Johan, Pegawai Daerah Melaka Tengah telah dilaksanakan dengan jayanya pada 21 Ogos 2025 di Bilik Gerakan Daerah, Pejabat Daerah Dan Tanah Melaka Tengah. Seramai 50 orang Ahli Majlis terdiri daripada, Barisan kepimpinan MGBD Melaka Tengah yang terdiri daripada pelbagai badan gabungan NGO di daerah Melaka Tengah, Agensi kerajaan yang dilantik oleh pengerusi serta pemerhati dari Ahli Dewan Udangan (ADUN) Belia Melaka turut dijemput menyertai persidangan kali ini. Turut hadir ialah Encik Zailani Bin Siran, Prngarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. MPBD Peringkat Melaka Tengah 2025 kali ini membahaskan 6 isu dan usul yang berkait rapat berkenaan isu ekonomi, sosial dan kesihatan belia. Hasil perbincangan 3 daripada 6 usul akan diangkat untuk dibahaskan ke peringkat Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Melaka yang akan berlangsung pada bulan Sept 2025. Terima kasih diucapkan kepada semua Ahli Majlis Persidangan yang hadir ke MPBD Melaka Tengah pada tahun ini. Kehadiran dan komitmen yang diberikan dalam memastikan segala isu dan usul yang di bawa oleh anak muda di peringkat akar umbir dapat didengari dan di bincangkan bersama.
AEON BANDARAYA, 16 Ogos 2025 - Telah berlangsung aktiviti senamrobik Malaysia Aktif @ Komuniti Siri 5 Daerah Melaka Tengah bertempat di Aeon Bandaraya anjuran Pejabat Belia & Sukan Daerah Melaka Tengah. Hasil kerjasama program anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah. Aktiviti ini berkonsepkan senamrobik regangan sebelum peserta memulakan larian Fun Walk. Lebih dari 500 orang peserta yang mengikuti aktiviti ini. Turut hadir bersama Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah, Encik Wan Mohd Jefri Bin Wan Hussin.
BACHANG, 23 Ogos 2025 - Telah berlangsung Pertandingan Bola Sepak Piala Merdeka 2025 9 sebelah bawah 12 tahun bertempat di Padang Bola Sepak Bachang Baru anjuran Kelab Futsal Ichampioni. Penyertaan seramai 150 orang. Johan pertandingan dimenangi oleh Taming Sari FC, Naib Johan Bedhill FC dan tempat ke 3 Sukaka FC. Program ini dirasmikan oleh Encik Zulkifli Bin Amil, Pengerusi KRT TAMAN BACANG BARU. Tahniah & syabas diucapkan.
AYER KEROH, 14 OGOS 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah telah menerima kunjungan daripada Ahli Jawatankuasa Kelab Petanque Krubong. Kunjungan ini adalah bertujuan bagi memperkenalkan barisan jawatankuasa kelab, perancangan tahunan kelab dan perbincangan berkaitan aktiviti-aktiviti kelab yang boleh bekerjasama dengan PBSD Melaka Tengah. Selamat maju jaya dalam pengurusan kelab & semoga kelab KEPAK ini terus cemerlang dalam membangunkan sukan petanque di peringkat negeri dan seterusnya ke peringkat negara.