DANA SUKAN KOMUNITI MENGAKTIFKAN PERTUBUHAN BELIA DALAM MENGANJURAN AKTIVITI SUKAN KEPADA KOMUNITI SETEMPAT

AYER KEROH, 28 Februari 2026 – Telah berlangsung dengan jayanya Pertandingan Bowling Ramadan 2026 anjuran Persatuan MAYC Bukit Katil bertempat di Melaka International Bowling Center (MIBC).

Program ini dianjurkan bagi mengeratkan silaturahim dalam kalangan belia serta menyemarakkan semangat kesukanan bersempena bulan Ramadan. Kehadiran para peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat khususnya anak muda jelas menunjukkan komitmen dan sokongan berterusan terhadap aktiviti pembangunan belia di negeri ini.

Turut hadir memberikan sokongan ialah En. Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka sebagai tanda sokongan terhadap penganjuran program yang memberi impak positif kepada warga belia.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB. Datuk Khaidira Abu Zahar, Timbalan EXCO Perancangan Ekonomi, Kewangan, Hal Ehwal Tanah, Agensi Bukan Kerajaan, Pelaburan, Industri, Teknikal, Pembangunan Pendidikan dan Latihan Vokasional merangkap Presiden Majlis Gabungan Belia Negeri Melaka.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search