- JBS Melaka
- Hits: 31
LAWATAN AUDIT TADBIR URUS PENGOPERASIAN GIMNASIUM RAKYAT JBS NEGERI BIL 1/2026
- JBS Melaka
- Hits: 31
AYER KEROH, 4 Mac 2026 – Telah berlangsung Lawatan Audit Tadbir Urus Pengoperasian Gimnasium Rakyat JBS Negeri Bil 1/2026 bertempat di Gimnasium Rakyat Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Tujuan utama Lawatan Audit Tadbir Urus Pengoperasian Gimnasium adalah untuk memastikan semua peralatan senaman berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan. Ini termasuk pemeriksaan risiko bagi mengenal pasti peralatan yang rosak atau yang tidak selamat digunakan kerana boleh menyebabkan kecederaan kepada pengguna. Selain itu, lawatan ini juga telah membantu pihak Pengurusan KOMBES untuk memastikan pematuhan elemen Kod Sukan Selamat dalam pengurusan Gimnasium.
Lawatan telah diketuai oleh Encik Abdul Razak bin Abdul Rasyid, Penolong Pengarah Cawangan Kecergasan Nasional, Jabatan Belia dan Sukan Negara bersama Puan Norasrin bin Kamsor. Turut hadir, Pengarah JBSN Melaka, Encik Zailani bin Siran bersama Penolong Pengarah Kanan Sukan, Encik Mohd Khairol bin Kamis dan Pengurus KOMBES, Encik Muzaizi bin Mohammad.
