SESI MENANDATANGANI AKUAN PENERIMAAN PERMOHONAN PEMBERIAN BANTUAN JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI MELAKA 2026

MELAKA, 2 Mac 2026 - Sesi Menandatangani Akuan Penerimaan Permohonan Pemberian Bantuan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Melaka 2026 telah berlangsung di Bilik Perbincangan JBS Melaka.

Sesi menandatangi ini telah disaksikan oleh Encik Muhammad Abdul Hafidz Mohd Amin, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Turut hadir ialah Puan Nor Hazlin Sarbin, Pegawai Unit Sosial II JBS Melaka.

Antara pertubuhan yang hadir untuk sesi ini ialah GB4B (M) Cawangan Batang Tiga Timur, MAYC Kawasan Bukit Katil, GB4B (M) Semabok Dalam dan GB4B (M) Cawangan Batang Tiga Barat.

Sesi menandatangani akuan ini bukan sekadar formaliti, malah menjadi simbol kepercayaan dan kerjasama erat antara pihak jabatan dan pertubuhan belia dalam menjayakan pelbagai program pembangunan komuniti sepanjang tahun 2026.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search