PROGRAM RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN DAERAH JASIN 1447H / 2026M (HARI KEDUA)

Selandar, 3 Mac 2026 - Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Daerah Jasin 1447H / 2026M (Hari Kedua) telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Surau As Syakirin ADTEC JTM Kampus Selandar.

Penyertaan pada hari ini adalah seramai 315 orang yang terdiri daripada penuntut serta Pegawai dan Kakitangan. Program diteruskan dengan pengisian utama iaitu Tadarus Al-Quran, selaras dengan penghayatan bulan Ramadan.

Turut sama bertadarus ialah YBrs. Ts. Rostam bin Hashim, Pengarah ADTEC JTM Kampus Selandar, yang turut memberikan sokongan padu terhadap pelaksanaan program kerohanian ini.

Semoga program ini terus menyemarakkan budaya membaca Al-Quran serta memperkukuh ukhuwah dalam kalangan warga kampus dan komuniti setempat.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search