- JBS Melaka
- Hits: 43
PROGRAM RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN DAERAH JASIN 1447H / 2026M (HARI KETIGA)
- JBS Melaka
- Hits: 43
Selandar, 4 Mac 2026 — Telah berlangsung Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Daerah Jasin 1447H / 2026M (Hari Ketiga) dengan jayanya bertempat di Surau As Syakirin ADTEC JTM Kampus Selandar.
Penyertaan pada hari ini adalah seramai 309 orang yang terdiri daripada penuntut serta Pegawai dan Kakitangan ADTEC JTM Kampus Selandar.
Program diteruskan dengan pengisian utama berbentuk Tadarus Al-Quran, bagi menyemarakkan penghayatan Ramadan dalam kalangan warga kampus.
Objektif program adalah untuk:
- Menyemarakkan amalan membaca dan bertadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadan.
- Memupuk penghayatan nilai kerohanian dan sahsiah diri dalam kalangan belia.
- Mengukuhkan ukhuwah serta semangat kebersamaan antara peserta.
- Menggalakkan penglibatan aktif warga kampus dalam program keagamaan.
Semoga penganjuran program ini terus memperkukuh ukhuwah dan memupuk budaya membaca Al-Quran secara berterusan.
