AYER KEROH, 23 Mei 2025 - Bertempat di Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPN) telah berlangsung kunjung hormat serta perbincangan bersama En. Hasiran bin Lemat, Ketua Penolong Pengarah Unit Bakat Murid dan En. Mohd Hanif Omri, Pegawai di Unit Kokurikulum JPN bagi penyelarasan Program Fiesta Rakan Muda Negeri Melaka 2025 yang turut dihadiri oleh En. Mohd Anazem bin Ibrahim, Pegawai Pembangunan Rakan Muda bersama Pn. Nor Fadzira binti Mohd Sepian dari Bahagian Pembangunan Rakan Muda (BPRM) di Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.
BUKIT SERINDIT, 17 Mei 2025 - Majlis Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Melaka 2025 berlangsung dengan gemilangnya di Taman Rekreasi Bukit Serindit, Melaka dengan hadiah kemenangan dimonopoli pemenang dari daerah Jasin. Anugerah ini diadakan adalah untuk mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada individu dan pertubuhan yang telah memberikan sumbangan yang besar terhadap pembangunan belia di Malaysia khususnya di Negeri Melaka. Johan bagi Kategori Individu Lelaki dianugerahkan kepada saudara Mohamad Norshah Ezwan bin Yusof (Melaka Tengah) dan Johan Kategori Individu Wanita pula adalah saudari Asmah binti Sulaiman (Jasin). Naib Johan bagi Kategori Individu Lelaki dianugerahkan kepada saudara Shashindran Raj a/l Ganasan (Jasin) dan saudari Mayuri a/p S Santar Sakar (Jasin) bagi Kategori Individu Wanita. Tempat Ketiga bagi Kategori Individu Lelaki dianugerahkan kepada saudara Harris Daniel bin Hermee (Melaka Tengah) manakala bagi Kategori Individu Wanita pula adalah saudari Divinah A/P Murugan (Jasin). Bagi Kategori Pertubuhan Belia pula, Johan telah dimenangi oleh Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Solok Kilang Berapi, Merlimau, Jasin. Naib johan pula telah dimenangi oleh Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Merlimau Pasir, Merlimau, Jasin. Majlis Penyampaian Anugerah telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka. Turut mengiringi, YB Tuan Adam Adli bin Abd Halim, Timbalan Menteri Belia Dan Sukan; YB Dato’ Azhar bin Haji Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana; YB Datuk VP Shanmugam a/l V. Pitchay, EXCO Belia, Sukan Dan NGO; YB Datuk Khaidirah binti Datuk Seri Abu Zahar, Timbalan EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET merangkap Pengerusi Majlis Gabungan Belia Melaka; dan Encik Zailani Bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua calon dan pemenang APBN Negeri Melaka 2025 atas usaha dan komitmen tinggi diberikan sepanjang anugerah ini dilaksanakan. Semoga kejayaan ini akan menjadi inspirasi dan pembakar semangat buat golongan belia di seluruh Negeri Melaka pada masa yang akan datang.
BUKIT SERINDIT, 17 Mei 2025 - Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka 2025 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan Majlis Gabungan Belia Negeri Melaka telah berlangsung dengan penuh kemeriahan. . Antara aktiviti yang telah berlangsung sepanjang sambutan ialah Konsert HBN Melaka, Coffee Corner, Flag Football, Bintang Suara, Autoshow, Celik Kerjaya TVET, Food Fest, Football Friendly Match, Mobile Legend, Pertandingan Diabolo , Silambam, Meet and Greet Influencer, Fitnessthon, Fun Run HBN Melaka, pameran agensi kerajaan dan gerai jualan. Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka. Majlis Penyampaian Anugerah Belia Perdana Negara Peringkat Negeri Melaka 2025 turut berlangsung selepas Majlis Perasmian. Hadir sama, YB Tuan Adam Adli bin Abd Halim, Timbalan Menteri Belia Dan Sukan; YB Dato’ Azhar bin Haji Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana; YB Datuk VP Shanmugam a/l V. Pitchay, EXCO Belia, Sukan Dan NGO; YB Datuk Khaidirah binti Datuk Seri Abu Zahar, Timbalan EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET merangkap Pengerusi Majlis Gabungan Belia Melaka; Encik Zailani Bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka; serta Ketua-ketua Jabatan/Agensi Negeri dan Persekutuan. Objektif Sambutan Hari Belia Negara ialah sebagai penghargaan dan pengikhtirafan kepada golongan belia di akar umbi. Selain itu, ia memberikan semangat dan meningkatkan kesedaran di kalangan belia bahawa belia masih diberi perhatian oleh kerajaan. Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka 2025 berlangsung dari 17 dan 18 Mei 2025 melibatkan 13 Port Acara dan 35 Aktiviti.
BUKIT SERINDIT, 17 Mei 2025 - Pertandingan Penalti ShootOut sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 yang diselaraskan pelaksanaannya oleh MAYC Negeri Melaka telah berlangsung di Taman Rekreasi Bukit Serindit, Melaka. . Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Sdr Mohammad Fiza Bin Mohd Fuad, Naib Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) merangkap Pengerusi MAYC Negeri Melaka. Johan membawa pulang Wang Tunai berjumlah RM1,000. Disediakan : Afiq Mazly
Melaka, 20 Mei 2025 – Liga Sukan Orang Kurang Upaya (LiSOKU) Peringkat Negeri Melaka 2025 semakin hampir ke kemuncaknya apabila Mesyuarat Penyelaras Pasukan Daerah dan Sesi Undian rasmi berlangsung petang ini di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, turut dihadiri oleh Puan Roslina binti Ab Wahab, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka. Suasana penuh semangat ini mencerminkan komitmen semua pihak dalam memperkasa sukan inklusif dan menyerlahkan potensi atlet OKU di pentas negeri. LiSOKU 2025 bakal menjadi medan aksi luar biasa!
SUNGAI UDANG, 19 Mei 2025 - Mesyuarat Penyelarasan Program Sempena Penganjuran Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dun Sungai Udang di bawa Portfolio EXCO Belia, Sukan dan NGO bertempat di Bilik Mesyuarat Japerun DUN Sungai Udang. Pelbagai aktiviti menarik untuk anak muda khususnya kepada komuniti yang berada di Dun Sungai Udang. Diantara aktiviti yang bakal dianjurkan seperti Pertandingan Mobile Legend Peringkat Negeri Melaka, Rakan Muda : Mobilisasi Sukarelawan Anak Muda (Satria) menyantuni Anak Yatim Payasum 2025, Neon Fun Walk 3KM dan lain lain lagi. Jom ramai ramai komuniti Dun Sungai Udang, kita bersama sama memeriahkan lagi aktiviti yang dianjurkan sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat Dun Sungai Udang.
AYER KEROH, 16 Mei 2025 – Satu sesi kunjung hormat pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah bersama Puan Nur Aina Aziefah, Pegawai Hal Ehwal Pelajar UGM telah diadakan bertempat di Kafeteria Harum Cengkih UGM. Pihak UGM berminat untuk menubuhkan Sekretariat Rakan Muda IPT (SRM) yang merupakan inisiatif di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia yang bertujuan untuk memperkasa belia di institusi pengajian tinggi melalui pelbagai program berteraskan 10 Gaya Hidup Rakan Muda. Turut dibincangkan beberapa program kolaborasi yang akan dilaksanakan bersama di dalam Program Pembangunan Rakan Muda Peringkat Daerah Melaka Tengah bagi tahun 2025. Antaranya adalah Program Rakan Prihatin, Program Rakan Demokrasi, Program Rakan Mahir dan pelbagai lagi. Pihak PBSD MT berharap kerjasama strategik ini dapat memperkukuh jaringan antara organisasi dalam melaksanakan program Pembangunan Rakan Muda di peringkat IPT.
AYER KEROH, 20 Mei 2024 - Satu Lawatan Pra Penyerahan Gelanggang Futsal Berbumbung Wisma Negeri Melaka telah diadakan sebelum penyerahan rasmi dilaksnakan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Sempena lawatan pra penyerahan ini, satu perlawanan futsal diantara pasukan JBSNM bersama Pejabat Tanah dan Galian Melaka turut diadakan bagi menguji keadaan gelanggang yang telah siap dibina. Selain itu, perlawanan ini juga bertujuan untuk merapatkan lagi ukhwah silaturrahim di samping menggalakkan pembudayaan gaya hidup sihat dan cergas dikalangan kakitangan awam. Turut hadir YBrs. Encik Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka dan Encik Mohd Shafei bin Abdul Rasip Ketua Seksyen Khidmat Pengurusan mewakili Pengarah Tanah dan Galian Melaka.
BUKIT SERINDIT, 18 Mei 2025 - Pertandingan Diabolo Negeri Melaka sempena Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka 2025 telah berlangsung di Taman Rekreasi Bukit Serindit, Melaka melibatkan penyertaan seramai 50 orang. . Diabolo adalah sukan yang bergantung pada kebijaksanaan koordinasi anggota badan. Apabila melambung diabolo dengan kedua-dua tangan untuk melakukan pelbagai aksi, sendi bahagian atas badan seperti sendi bahu, siku dan pergelangan tangan serta sendi bahagian bawah seperti sendi pinggul, lutut dan buku lali bersama-sama tulang belakang serviks dan lumbar semuanya bergerak ke tahap yang berbeza-beza. Oleh itu, sukan ini menyumbang kepada kesihatan rakyat. . Pertandingan ini anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dengan kerjasama Majlis Gabungan Belia Negeri Melaka dan Persatuan Belia Buddhist Negeri Melaka. Penyampaian hadiah kemenangan telah disempurnkan oleh Encik Zailani Bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Disediakan : Afiq Mazly