SESI BACAAN IKRAR PERAKUAN AKTA RAHSIA RASMI 1972 [AKTA 88] BAGI TAHUN 2026 JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI MELAKA

AYER KEROH, 29 Januari 2026 - Warga Kerja Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka telah melafazkan Ikrar Perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88] bagi tahun 2026 sebagai komitmen berterusan dalam memelihara kerahsiaan maklumat rasmi kerajaan.

Sesi Ikrar ini telah diketuai oleh Tuan Mohd Khairol bin Kamis, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan dan disertai oleh seluruh warga kerja JBSN Melaka. Pelaksanaan sesi ini menunjukkan komitmen JBSN Melaka untuk terus mengamalkan budaya kerja yang profesional, berintegriti dan beretika dalam melaksanakan amanah Perkhidmatan Awam sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search